"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Artikel fitnah: Raja Petra diperintah bayar ganti rugi

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa tiga artikel yang disiarkan oleh penulis blog, Raja Petra Raja Kamarudin terhadap peguam, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berunsur fitnah.

raja petra shafee abdullah sedition case 150808 04Sehubungan itu, hakim Datuk John Louis O'Hara memerintahkan supaya ganti rugi yang patut dibayar oleh defenden ditaksirkan.

Muhammad Shafee membuat permohonan itu mengikut Perintah 14A Peraturan Mahkamah Tinggi 1980 untuk melupuskan saman tersebut berdasarkan perkara undang-undang yang mendakwa bahawa perkataan dalam artikel dan komen yang disiarkan dalam laman web Malaysia-Today adalah memfitnah.

Pada Ogos 2008, Muhammad Shafee memfailkan saman itu terhadap Raja Petra, 58, kerana menyiarkan tiga artikel pada 6, 7 dan 11, Ogos 2008, bertajuk "Shafee Abdullah: Extraordinaire Sodomologis", "Wang, Kuasa dan Seks: Apa Yang Memberi Motivasi Kepada Lelaki" dan "Dalang Sebenar Di Sebalik Tuduhan Liwat Anwar" dalam laman web yang beliau katakan memfitnahnya.

Pada 13 Ogos, 2008, beliau memperoleh satu injunksi ex-parte daripada Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Raja Petra mengeluarkan artikel itu serta komen mengenai artikel tersebut dari laman web.

Dalam kenyataan pembelaan yang difailkan pada 15 November, 2008, Raja Petra menafikan bahawa ketiga-tiga artikel itu adalah palsu, berniat jahat atau memfitnah peguam.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: