"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tidak Mahu Layan Cerita Fitnah Umi Hafilda - Azmin ALi

WFAUZDIN NS
TIMBALAN Presiden PKR, YB Azmin Ali menyifatkan kenyataan Umi Hafilda terhadapnya selama ini adalah fitnah. Beliau tidak mahu melayani cerita fitnah seperti itu kerana rakyat sudah muak dengan apa yang Umi Hafilda perkatakan tentang beliau dan keluarganya termasuk DS Anwar.

Ini merupakan kenyataan pertama yang diluahkan oleh Azmin Ali semenjak Umi Hafilda mula `beraksi' semula setelah berbelas tahun menyepi umpama `orang buangan'.

Sebelum ini dikatakan di dalam Twitter Azwan Ali juga, Azwan turut memperlekehkan Umi Hafilda. Saya tidak tahu samada Umi Hafilda itu `adik beradik' dengan Azmin dan Azwan. Saya cuma pernah mendengar cerita Umi Hafilda `dibuang' dari menjadi ahli keluarga Almarhum En Ali bapa Azmin dan Azwan.

Saman yang dikemukakan oleh Umi Hafilda berjumlah RM 700 juta terhadap DS Anwar, DS Wan Azizah, Karpal Singh, Azmin Ali malahan PAS juga turut disaman oleh wanita berumur yang masih bujang (andartu) ini jika berjaya, boleh menjadikan Umi Hafilda jutawan segera.

Sudah terlewat buat Umu Hafilda, beliau mempunyai banyak peluang untuk membuktikan semua bukti yang beliau dakwa ada padanya tentang `salah laku' DS Anwar dan Azmin iaitu ketika beliau dipanggil menjadi Saksi kes Liwat 1 dahulu. Mengapa ketika itu beliau `sorokkan' bukti yang ada atau sememangnya tiada bukti? Apakah `bukti' itu baru muncul sekarang?

Semuanya sudah terlambat. Sekiranya beliau tampil selepas ini dengan bukti yang kununnya beliau ada ianya akan menjadi bahan lawak jenaka masyarakat. Kisah Liwat 1 sudah basi, bahkan Hakim yang menghakimi kes itu dulu pun sudah berada di perut bumi. Pengarang Buku `50 dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM' yang menjadi asas dan punca fitnah Liwat 1 itu pun sudah lama tidak bernyawa. Peguam Negara yang memainkan peranan penting di dalam kes Liwat 1 Mokhtar Abdullah pun sudah menemui Rabbul Jalil. Dr Qristina Majid yang memainkan peranan juga di mana dikatakan DS Anwar pernah diarah bertelanjang di depannya, doktor itu pun tidak mampu `merawat' kehilangan nyawanya di sebuah hotel. Saksi penting, Azizan Abu Bakar pula pernah ditangkap berkhalwat.

Dan, banyak lagi kisah lampau yang menunjukkan cerita Liwat 1 sudah boleh di `muzium'kan. Maka, silap besar Umi Hafilda ingin kembali pada kisah lama. Kini, negara tertumpu kepada episod seterusnya yang telah mula menampakkan kepincangan seperti episod pertama.

Tiada ulasan: