"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khusrin angkat sumpah, dilarang hadir mesyuarat penting Exco


SHAH ALAM: Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dibenar mengangkat sumpah kerahsiaan minggu depan tetapi tidak dibenar menyertai semua mesyuarat kerajaan negeri, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khusrin yang dilantik Kerajaan Pusat sebelum ini sudah mengangkat sumpah pelantikan di hadapan Sultan Selangor 7 Januari lalu. Namun, beliau belum lagi mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan Menteri Besar Selangor seperti dikehendaki Perlembagaan Negeri.
Menurut Khalid, mesyuarat akan dibahagikan kepada dua bahagian.
“(Mesyuarat itu) kita strukturkan kepada dua bahagian. Satu bahagian dia boleh hadir, satu bahagian lagi dia tak boleh hadir,” kata Khalid.
“Ini perkara biasa, malah kakitangan awam juga adakan mesyuarat mereka yang tidak dihadiri oleh exco, contohnya mesyuarat ketua jabatan,” tambahnya.
Ketika ditanya, Khalid menjelaskan majlis tersebut akan dilangsungkan minggu depan.
“Ia minggu depan. Kami akan maklum kepada anda. Kita ada jadual,” kata Khalid.

Tiada ulasan: