"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno Sabah Masuk jerat PKR!

Musli Oli
Sepanjang minggu, berita politik yang menarik ialah peristiwa “lompat parti” Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Sabah, Pajudin Nordin. Keluar dari PKR dan menyatakan hasrat menyertai UMNO.

Apa yang menjadi tanda soal bukan perbuatan melompat atau tukar parti tetapi tempat pengumuman tersebut dibuat iaitu di Sri Gaya, kediaman rasmi KM Sabah. Ada juga yang bertanya kenapa KM Sabah turut bersama dalam pengumuman itu?


Tindakan KM Sabah sebagai Pengerusi UMNO dan BN negeri telah mengundang kemusykilan rakyat. Rakyat skeptical dengan ketelusan kedua-dua pihak, Pajudin dan Musa Aman. Sebenarnya BN mengundang spekulasi dengan mengadakan pengumuman di Sri Gaya.

UMNO Sabah sebenarnya melakukan kesilapan besar dan saya anggap telah termasuk perangkap PKR! Pajudin adalah “ikan bilis” yang dijadikan umpan PKR. Perlantikannya sebagai PPN belum rasmi hanya diperingkat cadangan.

Peristiwa berlaku ekoran dua kumpulan yang melobi jawatan PPN. Kumpulan penyokong Ansari Abdullah dan kumpulan yang mahu mengekalkan Thamrin Hj Zaini sebagai PPN. Ketika kedua-dua pihak yang bertelegah bertemu dengan Saifudin Nasution, disebut nama Pajudin Nordin, Naib Ketua Cabang Tuaran.

Kononnya Pajudin adalah “compromise candidate” untuk meredakan penyokong Ansari Abdullah dan penyokong Thamrin Hj Zaini. Nama Pajudin ini kemudainnya di bawa Saifudin Nasution ke KL untuk disahkan.

Keesokan hari, Pajudin Nordin buat PC mengumum perlantikannya sebagai PPN, walhal yang sepatutnya membuat pengumuman ialah Presiden PKR! Selepas itu berlaku bantahan daripada 18 ketua cabang yang tidak mahu Pajudin menjadi PPN. Pajudin tahu jawatannya tidak boleh bertahan lama dan bertindak segera mengadakan pertemuan dengan pemimpin UMNO.

Pemimpin tertinggi PKR tersenyum dengan tindakan UMNO di Sabah. Di Sabah, rakyat tidak heran dengan perbuatan lompat melompat. Kerajaan BN yang memerintah Sabah sekarang ini pun asalnya adalah “kerajaan lompat”.

Tak perlulah flashback peristiwa yang berlaku selepas pilihan raya 1994 itu kerana rakyat masih ingat peristiwa sama berlaku di Perak dua tahun lalu.

Ada dua perkara yang paling banyak berlaku Di Malaysia sejak 2008. Pertama, paling banyak berlakunya pilihan raya kecil, sebanyak 15 kali. Dua PRK kerana wakil rakyat berundur (Penanti dan Bukit Selambau) yang lain kerana kematian. Perkara kedua ialah tindakan “keluar parti”.

Di Semenanjung, kebanyakan yang keluar parti ialah wakil rakyat PKR. Di Perak dua wakil rakyat daripada DAP. Tetapi kebanyakannya tidak menyertai parti kerajaan tetapi menjadi anggota BEBAS. Hanya di Sabah sahaja pemimpin PKR yang keluar umum sertai UMNO.

Di Sabah juga, pemimpin politik bertukar parti parti seperti menukar seluar dalam. Sejak 2008, pemimpin utama bertukar parti termasuk Datuk Raymond Tan, Datuk Peter Pang, Tan Sri Liew Yun Fah. Raymond adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah ketika keluar dari SAPP dan menyertai parti Gerakan.

Peter Pang adalah Timbalan KM Sabah keluar dari LDP dan sertai parti Gerakan dan di kekalkan jawatan dalam kabinet Sabah. Di Sabah, tukar parti tidak menjejaskan kedudukan dalam kerajaan.

Manakala antara pemimpin kanan BN yang meninggalkan parti termasuk Datuk Kalakau Untol (UPKO ke PKR) dan Datuk Karim Ghani (UMNO ke PKR).

Tiada ulasan: