"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

“AC Mizal nak masuk liang lahad pun orang tak peduli…”


KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon ‘terkenal’, AC Mizal menggamatkan dunia maya, apabila beritanya menyertai Umno tersebar petang ini.
Berita yang turut dimuat naik dalam portal Malaysikini itu turut menerima reaksi pembaca, majoritinya berpandangan negatif.
Lebih kelakar dan mencuit hati, AC dilapor membuat kenyataan turut ditawar menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi.
Bagaimanapun, katanya, beliau menolak tawaran itu kerana tidak bersetuju dengan ‘dasar’ yang diperjuangkan parti berkenaan.
Akibatnya, kenyataan AC itu menerima kecaman di ruangan komen berita itu oleh pembaca-pembaca Malaysiakini.
Seorang pembaca bernama Mohd Hishamuddin Hasan berkata, “Orang bisnes mana boleh menunjuk-nunjuk sangat condong ke arah parti mana. Projek gelang sakti dia tu jangan lupa orang PR pun ramai yang melabur kat gelang dia tu. Ayuh orang PR.. boikot je diri korang dari menyokong bisnes mamat ni..dah pilih Umno tu jangan nak kutuk pihak lain pulak. Diam-diam sudah,” katanya.
Manakala seorang pembaca bernama Rusidah Salim Shida pula berkata “Sesuai ke ko duduk dalam pembangkang? Isyyy… tolong tengok cermin ok!,” katanya.
Bagi seorang pembaca bernama Mus Mulyadi Trisno pula, beliau berkata “Pembangkang pun tolak dia, pembangkang tak minat dia ni..” komen beliau.
Manakala seorang pembaca bernama Ipoh Mali pula, mendakwa bisnes yang dijalankan Ac, menipu orang ramai dan turut menghubungkan alamat sebuah laman web yang memuatkan cerita itu.
“Jenis Penipu Macam AC Mizal elok masuk UMNO.. Kah Kah.. Jual gelang modal RM40.. Jual RM1000.. telan /tipu ramai peniaga melayu! Baca sini penipuan AC MIZAL http://www.zonartis.com/panas-ac-konsortium-milik-ac-mizal-penipu,” ujar beliau.
Seorang pembaca bernama Otman Leh pula menulis “Umno pilihan tepat bagi AC Mizal. Kalau pilih parti lain, alamatnya susah nak dapat kontrak atau projek.  Dia kata Umno parti yang mengamal keadilan, tapi untuk ahli dan pengikut Umno saja.. kalau kamu tak sokong Umno, siap kamu boleh bungkus..,” ujarnya.
Mohd Rozany Abdullah lebih mencuit hati, tetapi agak kasar apabila membuat komen demikian “woi AC, hang nak masuk liang lahad pun aku peduli apa..bodo*,” katanya.

Tiada ulasan: