"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Biar anak bini lapar, bangsa Umno mesti dipertuhankan

Penarik Beca
Sabarlah cik gu, begitu kata bangsa Umno.Tak lama lagi, bila harga barang makin mencekik leher rakyat, poket pun boleh kosong. Bukan takat poket, perut pun mungkin kosong tak habis-habis. Pada masa itu bangsa Umno akan kata lagi dan lagi, sabarlah rakyat.

Pada masa itu juga kita akan melihat lebih banyak drama membelasah DAP, membelasah Kristian dan apa saja yang bukan bangsa Umno. Maklumlah, kalau tak belasah DAP, nanti orang Melayu menjerit harga barang naik. Nanti orang Melayu akan menjerit, anak bini kami selalu tak cukup makan. Anak bini kami selalu lapar!

Walaupun menjadi belasahan mereka, di hati bangsa Umno, DAP hakikatnya adalah messiah yang menyelamatkan bangsa itu. Dalam diam bangsa Umno berterima kasih kepada DAP. Nasib baik ada DAP, dapatlah kita tipu bangsa Melayu tak habis-habis, kata bangsa Umno dalam diam.
Biar minyak naik harga, pertuhankan bangsa Umno!

Biar barang makan naik harga, pertuhankan bangsa Umno!

Biar semua barang naik harga, pertuhankan bangsa Umno!

Biar poket kosong, pertuhankan bangsa Umno!

Biar hidup merempat, pertuhankan bangsa Umno!

Biar harga barang mengamuk, dengan darah bangsa Umno dipertahankan!

Biar kosong poket, ikat perut, dengan darah Utusan Malaysia dipertahankan!
Ingat kamu bangsa Melayu, di antara bangsa Umno dan duit di dalam poket kamu, bangsa Umno yang kamu mesti pertahankan!

Biar poket kosong, biar perut berkeroncong, biar anak bini meraung tak cukup makan kerana barang makin mahal, bangsa Umno mesti dipertahankan!

Ingat kamu bangsa Melayu, jangan pertahankan duit dalam poket kamu, jangan pedulikan anak bini yang tak cukup makan kerana barang makin mahal, biarkan! Pertahankan bangsa Umno!

Ingat bangsa Melayu! Bangsa Umno adalah tuhan-tuhan kamu! Utusan Malaysia kitab suci kamu!
Bangsa Melayu oi, sampai bilakah hampa sanggup melihat bangsa hampa diperbodoh dan diperhambakan bangsa Umno? Bangsa Umno berlagak seperti Tuhan, bongok memerintah dan hanya tahu nak tibai poket rakyat, potong subsidi, tindas dengan GST, hampa masih nak jadi pecacai bangsa Umno, pak yet bangsa Umno? Mengapa tak selamatkan duit dalam poket hampa? Awat gatai sangat menanggung biawak hidup yang bernama bangsa Umno?

Alahai Melayuku, malulah kepada bangsa-bangsa lain! Jangan kerana mempertahankan bangsa Umno, orang Melayu akan diejek sebagai bangsa yang paling bangang dalam dunia! Bangsa Melayuku, berimanlah kepada Allah, janganlah jadi pecacai taghut!

Apa nak takut DAP! Kalau hampa beriman kepada Allah dan menolak taghut serta menguatkan bangsa hampa dengan ilmu dan kemahiran, jangan kata badan dan maruah hampa, bulu roma hampa pun DAP tak mampu nak gugurkan!

Berkaitan:
DPM: Prepare for price increases (The Star 20/5/11)
Anwar: Harga makanan dijangka naik 30 peratus (Malaysiakini 21/5/11)
Sabar, kata TPM kepada guru tak naik pangkat (Malaysiakini 20/5/11)
Lebih 400,000 guru biasa kecewa dipinggirkan (Malaysiakini 18/5/11)
As belts tighten, Anwar tells poor to punish Umno (Malaysian Insider 21/5/11)
Pemuda bawa usul kenaikan harga barang (Free Malaysia Today 21/5/11)
Steep decline of IMD competitiveness rankings proves investors has had enough of Najib's 'transformation' rhetorics (Malaysia Today 21/5/11)
Hina Utusan: Langkah mayat kami, kata Perkasa (Malaysiakini 20/5/11)
 

Tiada ulasan: