BUKIT MERTAJAM: Kesungguhan seorang anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) membuat rondaan untuk mengekang jenayah jalanan menyebabkan dia tidak sedar kaki kanannya telah ditembusi peluru daripada pistolnya sendiri dalam kejadian dekat Pejabat Pos Bukit Mertajam di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, Lans Koperal Azwan Anas, 33, dari cawangan PGA Kulim hanya menyedari kakinya tercedera selepas dia merasa kebas. Apabila dilihat, dia mendapati darah telah memancut keluar manakala but yang dipakai telah ditembusi peluru.
Mengimbau semula kejadian tersebut, Azwan memberitahu, sebelum itu, dia bersama seorang rakannya sedang membuat rondaan di sekitar pekan Bukit Mertajam dengan menaiki sebuah kereta peronda.
-kosmo-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan