"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PEKIDA tolong jaga keselamatan Mersing

Hari ini ada orang buat kerja kahwin di Kampung Sri Pantai. Di persimpangan jalan bukan sahaja ada arah tuju dan banner pengantin, malah lengkap dengan deretan bendera PEKIDA.

Ahli-ahli PEKIDA cukup ambil berat kebajikan para ahli. Semangat solidariti mereka cukup kuat. Ukhuwwah cukup likat dan mantap. Aktiviti majlis perkahwinan merupakan satu cara mereka menampilkan sifat demikian. Mereka bersama meringankan tulang dan sepakat membantu rakan seperjuangan.

Orang PAS Mersing, setahu saya hanya Pak Jawahir dari Tenggaroh 6 yang berani pasang bendera PAS di rumahnya ketika buat majlis kahwin. Hj Roslan, YDP PAS Kaw Mersing pun segan pasang bendera PAS. Berbeza dengan ahli PEKIDA, mereka pasang bendera seolah-aolah di rumah mereka itu ada ceramah.

Jiran saya, En Mohd Ali pun ahli PEKIDA. Dia lagi hebat. Dia pasang bendera hingga beberapa kilometer sepanjang jalan ke majlis kahwin anaknya di Kluang. Menurut En Mohd Ali, mana-mana ahli yang bermasalah akan dibantu. Misalnya, mereka kumpul dana untuk membeli lembu yang akan dijadikan lauk kenduri.

Ahli PEKIDA Mersing ini ramai yang menampilkan sikap berkecuali dalam politik. Mereka tidak mengikat ahli dengan satu parti. Ahli bebas hendak jadi ahli mana-mana parti atau sekadar menjadi orang atas pagar.

En Omar dari Pengkalan Batu dan En Yunos dari Tenggaroh 2, misalnya memilih parti PAS. Namun ada pula yang duduk keliling pimpinan UMNO kerana mencari kehidupan sebagai kontraktor Kelas F.

Saya pernah bersembang dengan mereka yang amat berminat dengan bab keselamatan. Amat mudah mengumpulkan mereka. Kita jumpa Abang Long dan nyatakan hajat.... Tidak lama kemudian mereka pun datang, meskipun mereka sudah tidur...

Dalam PRU 12 lalu, saya minta salah seorang mereka uruskan keselamatan program ceramah di Tenggaroh. Dan nampaknya mereka hadir memantau. Jangan bimbang, PEKIDA akan pantau tahap keselamatan di Mersing. Geng UMNO jangan tunjuk lagak sangat.

Jadi siang tadi, apabila terpandang deretan bendera tiga jalur itu saya teringat peranan mereka. Walau bagaimanapun ada orang kata Dr Latif, Ahli Parlimen Mersing pun ahli PEKIDA juga. Ini yang buat hati kurang sedap dan tidak selesa.

Tiada ulasan: