"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

TPM: Sudah 20 Tahun Guru Besabar, Hentikan Kelentong Kamu.

umnopenipu
Sabar, kata TPM kepada guru tak naik pangkat (Malaysiakini, 20 Mei 2011)

Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kumpulan guru lepasan diploma yang tidak terlibat dengan kenaikan gred atau pangkat pada 1 Jan tahun depan supaya bersabar kerana perbincangan mengenai perkara itu masih berjalan.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, ditanya pemberita mengenai pengumuman Perdana Menteri sempena Hari Guru 16 Mei lepas mengenai kenaikan pangkat dan gred guru tertentu dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah warga pendidik. "Kerana bilangan mereka ramai, dalam apa jua keadaan kita kena ambil kira keupayaan kerajaan. Dalam situasi sekarang kita hendak jimat belanja dan mengurangkan defisit," .

Kalau kita teliti kenyataan Muhtidin di atas, beliau sebenarnya menujukan kenyataannya kepada guru-guru lepasan diploma (ayat yang dihitamkan) yang kononnya tidak terlibat dengan kenaikan pangkat sebagaimana yang diumumkan pada 16 Mei lalu. Kita sering membaca kenyataan, jawapan atau reaksi dari pemimpin UMNO yang sama ada tersasar atau terkeluar dari konteks yang sebenar. Ini adalah satu lagi sifat munafik UMNO dalam kenangani masalah rakyat marhaen. Sama ada mereka tidak faham (bebal), atau pura-pura tidak faham, adalah suatu persepsi yang relative. Persoalan yang sebenarnya ialah bukan kumpulan guru lepasan diploma sahaja yang tidak terlibat, tetapi semua bilangan guru selain dari 1.53% (satu perpuluhan lima tiga peratus) yang diberi ganjaran dalam pengumuman 16 Mei itu. Jumlah ini adalah lebih dari 450,000 orang warga pendidik dibawah Kementerian Pelajaran.

Isu-isu dalam profesion perguruan bukanlah terhad kepada ketidakadilan kenaikan sahaja bahkan lebih daripada itu. Isu beban tugas, kerja perkeranian, salahguna kuasa oleh Guru Besar, eksploitasi waktu bekerja guru yang tidak diketahui masa/waktu baliknya sehingga kini, kursus dalamperkhidmatan yang mengarut, politik dalam sekolah dan sebagainya – semuanya tidak diselesaikan oleh Pak Menteri UMNO. Mereka bukan sekadar tidak mengambil langkah dan tindakan meringankan, malah mereka menambahkan lagi beban guru. Menulis refleksi, satu pelajar satu sukan dan yang paling akhir ialah memaksa guru mencatat BMI (Body Mass Index) pelajar dalam Kad Prestasi Pelajar.

Oleh kerana polisi UMNO dari dulu,kini dan selamanya membahalolkan orang melayu khususnya dan rakyat amnya, mereka suka semua institusi diterajui oleh individu yang berminda kolot, tidak kreatif,tidak pro aktif dan tidak agresif. Ini adalah salah satu strategi UMNO di mana kita melihat semua Ketua Kampong 1 Malaysia adalah dari kalangan mereka yang TIDAK LULUS PERIKSA. Begitu juga dalam perjuangan kesatuan, mereka dari Kategori A adalah dilarang menerajui malah tidak dibenar menubuhkan Kesatuan Sekerja (dalam Perkhidmatan Awam). Akibatnya kita lihat berlakunya kecelaruan dalam system pengurusan sumber manusia dalam sector pendidikan. Contohnya ialah guru-guru lepasan ijazah menjadi orang bawahan kepada lulusan SPM/Maktab Perguruan. di seluruh sekolah rendah kebangsaan (SRK).

Selain itu, skim kenaikan pangkat dari DG44 ke DG48 juga melucu dan mengarut. Pihak kementerian tidak berupaya melaksanakan prinsip meritokrasi dan skim ini menghampiri ketidakrasionalannya. Contohnya guru berijazah yang sudah dua puluh (20) tahun berkhidmat masih berada di takok DG44. Sedangkan guru junior yang baru 12 tahun berkhidmat sudah memperolehi DG48?? Malah ada yang waktu perkhidmatan mereka yang lebih singkat daripada itu sudah menikmatiDG44 apabila mereka diamanahkan mengajar di Tingkatan 6 atau Kolej Matrikulasi. Mereka yang berada di PPD dan Jabatan Pelajaran membuat percaturan kepada kroni untuk diletakkan di sekolah mana yang ada kekosongan bagi kenaikan pangkat tersebut. Guru yang cenderung atau mempamerkan penonjolan kepada parti UMNO akan menjadi calon yang paling layak untuk menggomol kekosongan DG44 dan DG48. Inilah reality politik di sekolah, PPD, Jabatan dan Kementerian Pelajaran 1 Malaysia. Menyedari dan mengenali sifat pembohong dan akhlak samseng UMNO, kita percaya, mereka TIDAK AKAN melaksanakan janji untuk menyelesaikan masalah guru-guru. Kita minta semua guru BERSABAR hingga PRU 13 (bukan bersabar menunggu janji Muhyiddin) dan jatuhkan penguasa yang sombong, samseng dan pembohong ini. InsyaAllah.

Tiada ulasan: