"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketua pemantau pilihan raya dihumban dari Kuching

NONEPenyelaras Rangkaian Pemantau Pilihan Raya Malaysia yang berpangkalan di Pulau Pinang, Ong Boon Keong, yang ditahan di pejabat Imigresen Kuching semalam diusir dari Sarawak pada jam 8 malam tadi.

"Mereka arahkan saya tinggalkan Sarawak, tanpa memberi notis rasmi atau dokumen. Secara lisan, mereka kata saya mesti tinggalkan negeri ini kerana ada arahan Imigresen yang melarang saya masuk ke Sarawak,” kata Ong kepada Malaysiakini, pagi ini.

Dakwanya, tindakan itu tidak adil, tidak telus serta timbul akibat niat jahat politik. Justeru, beliau sedang memikirkan untuk menyaman kerajaan negeri Sarawak.

Ong berkata beliau yakin pengusirannya itu ada kaitan dengan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa berlakunya pembelian undi pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu.

"Parti pembangkang juga membuat dakwaan yang sama. Mereka tidak boleh menunjukkan sebarang bukti, tetapi kami boleh dan ini mengganggu sesetengah ahli politik negeri.”

Katanya, beliau memasuki Sarawak pada 21 Mei lalu dan diberikan permit untuk menetap di negeri itu selama 90 hari tetapi secara tiba-tiba diusir malam tadi.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: