"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Paip air UUM meletup-letup! malu nak habag pulak...

Sanusi
Sejak UUM senyap, saya pun senyap! Tup-tup malam Rabu lepas kawan di SADA telefon, paip UUM dah meletup-letup tak dapat tampung kemasukan air seperti yang diminta, 13 juta liter padu sehari. Bila loji Padang Sanai mula beroperasi pada 15hb, kawasan yang ada masalah dulu banyak dah selesai.  

Oleh kerana orang-orang besar UUM dan lajak cakap sebelum ini bahawa depa tak ada masalah dari segi infra, yang bermasalah ialah SADA, maka bila paip meletup, cepat-cepat depa kata mantainance biasa saja! Meletup tempat lain kot??!  

Alah bang...semua orang tau... upgrade lah! Jangan malu-malu! Orang kat luar ni nak senyum saja. tak kata apa-apa pun. lain kali jangan pakai baju UMNO untuk tadbir institusi macam UUM.

Haaaa...jangan tak tau pulak! KPT sudah merayu untuk kurangkan cukai tanah UUM...kan ramai dok kata Kerajaan Pusat tak berduit sekarang ni, terpaksa merayu dari Kerajaan Negeri untuk kos serendah RM1.7 juta... kecik laaa kalau nak banding dengan income dan pertumbuhan yang diwar-warkan... nak syarah apa lagi...bajet 300 juta setahun pun tak cukup nak bayaq cukai tanah. Menteri Pengajian Tinggi tentu kena belasah dalam mesyuarat kebinet nanti...tunggu laaaaa!

Tiada ulasan: