"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sham Kamikaze berubah ke arah kebaikan


Peminat seni tanahair dikejutkan dengan perubahan Sham Kamikaze bekas pemain gitar utama Kamikaze apabila video berdurasi 12:42 beliau bercerita tentang pengalamannya mendapat hidayah mula dimuat turun di blog dan juga laman Facebook tempatan.


Sham juga turut meletakkan jawatannya sebagai pensyarah di sebuah universiti tempatan selepas melakukan perubahan tersebut.

Beliau pernah mencapai pengiktirafan yang diidamkan apabila album Kontroversi memenangi Anugerah Album Rock Terbaik di AIM 2001.

Disamping itu juga, Sham kerap mengiringi persembahan artis artis ternama seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Syafinaz dan bintang Akademi Fantasia baik di pertunjukan dan persembahan terbuka mahupun di stesen stesen TV.

Antara tugasan yang pernah di pikul termasuklah sebagai Pengarah Muzik untuk program konsert terbitan Astro iaitu Dari Studio Satu Anugerah Seri Angkasa 2006, Konsert Misi Suara Hati dan Konsert Akhir AF3.
-sinarharian-

Tiada ulasan: