LensaHandphone
Artikel saya pasal Couple yang menjadi-jadi di Pantai Teluk Lipat, Dungun yang bertajukAnak Siapa Ini juga dipertikaikan oleh beberapa orang pembaca. Hairan juga ada juga seolah-olah membela maksiat yang berlaku.
Aduan telah dibuat tentang perkara ini, hanya tindakan nampak macam lambat aje. InsyaAllah untuk lain kali saya akan sertakan nama mereka yang menerima aduan di dalam blog ini. Ya kita telus dan kita lihat siapa sebenarnya yang'semacam menyokong maksiat'.
Nak kata tak ada aturan, sudah ada. Malah Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Haji Mazlan Ngah mengarahkan mereka perlu mempunyai mindset untuk membawa perubahan serta membentuk agenda dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan untuk setiap aduan.
Dato' Haji Mazlan bercakap pasal perkara ini di majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat negeri di Wisma Darul Iman 24 Mei iaitu 2 hari yang lalu.
Habis kenapa aduan tentang maksiat di Dungun tidak diendahkan dan tida tindakan dibuat?
Couple di Pantai Teluk Bidara, sebelahan Pantai Teluk Lipat, Dungun |
Sebelum ini Berita Harian sudah menulis pendedahan tentang gejala maksiat di Dungun yang terfokus kepada Pantai Teluk Bidara dengan tajuk "Teluk Bidara lokasi seks, hidu gam"
Apakah perkara yang sama kan berlaku di Pantai Teluk Lipat? Jika tak ada usaha untuk mencegah perkara ini; sudah pasti orang tak kisah lagi kamu nak buat apa di pantai itu.
Bila maksiat sudah lagi tidak dipandang serius, keimanan suidah pasti luntur dan sukarlah PAS nak Ganti UMNO.
26/5/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan