"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Artikel rogol amah: Blogger sharpshooter buat rayuan

Penulis blog Amizudin Ahmat yang diarahkan membayar ganti RM300,000 kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim kerana memfitnah menteri itu dalam satu artikel memfailkan rayuannya hari ini.

NONERayuan itu difailkan melalui peguam belanya, Ong Chin Wen (kanan, berkaca mata) yang berkata “mereka memounyai asas untuk merayu” terhadap penghakiman berkenaan. Beliau bagaimanapun tidak memberikan butirannya kerana perkara itu “masih dalam perbincangan.”

Pada 1 Jan lalu, Rais, 69, memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa Pemuda PKR. Tindakan itu berhubung artikel yang disiarkan dalam blog, sharpshooterblogger.blogspot.com pada atau sekitar 28 Disember tahun lalu yang menuduh menteri itu merogol pembantu rumah Indonesianya.

Dalam samannya, Rais berkata artikel berbahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah beliau serta bermaksud beliau melakukan kesalahan besar merogol dan mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia.

NONESeorang wanita yang pernah bekerja dengan menteri itu kemudiannya telah memberitahu sebuah portal berita Indonesia bahawa beliau tidak pernah dirogol atau dilayan dengan buruk oleh majikannya itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datin Zabariah Mohd Yusof pada 19 Julai lalu memerintahkan Amizudin (kanan) membayar RM300,000 sebagai ganti rugi kepada Rais dan juga RM100,000 dalam bentuk kos kepada Rais.

Dalam penghakimannya, Hakim Zabariah berkata bahawa setelah mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dilakukan oleh Amizudin dalam blognya dan juga nilai wang semasa, jumlah yang diberikan kepada Rais adalah munasabah.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: