"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tular dilarikan kereta warna hitam, kanak-kanak perempuan ditemui selamat

Amirul Aiman Hamsuddin
bhnews@bh.com.my

KUALA SELANGOR: Kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang ketika bermain di hadapan sebuah rumah di Jeram, di sini, pada Hari Raya kedua Khamis lalu ditemui selamat.

Mangsa berusia lapan tahun yang tular di laman sosial bagaimanapun dijumpai semula pada hari sama apabila hilang selama satu jam 30 minit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin berkata, terdahulu pihaknya mengesan satu hantaran berhubung mangsa dilarikan sebuah kereta berwarna hitam.

"Bapa mangsa memaklumkan kejadian itu kepada polis dan tindakan mengesan segera dijalankan.

"Kanak-kanak itu kemudian ditemui pada hari sama dengan lokasi berhampiran rumah dalam keadaan selamat dan tanpa kecederaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Ambia berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Orang ramai diingatkan supaya mengawasi anak-anak yang berada di luar rumah semasa musim perayaan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Tiada ulasan: