"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Farah Cie: Kes tembak KLIA: Peguam nasihat tak keluar kenyataan

Muhaamad Hafis Nawawi dan Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
am@hmetro.com.my
TANGKAP layar video tular mengenai kejadian tembakan di KLIA.
TANGKAP layar video tular mengenai kejadian tembakan di KLIA.
Kuala Lumpur: "Saya menerima nasihat daripada peguam untuk tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan kes ini sementara waktu," kata Farah Md Isa atau dikenali Farah Cie.

"Rujuk setiap kenyataan rasmi pihak polis yang sahih," katanya dalam kenyataannya di Facebooknya hari ini.

Terdahulu, polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi, bagaimanapun keadaan terkawal dan selamat.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar dilaporkan Khan berkata, kejadian berlaku 1.20 pagi membabitkan seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi.

Tiada ulasan: