"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

DUN Nenggiri: Yang kalah Bersatu, yang dapat malu Pas

Harapandaily

AHMAD MURSI 

PRK Nenggiri adalah PRK yang dirancang dari awal oleh Bersatu yang yakin boleh menang.

Strategi disusun dengan rapi untuk pastikan menang bergaya dan paling bermaruah.

Dengan bantuan Pas, Nik Amar sebagai speaker DUN Kelantan umum kerusi Nenggiri kosong dan SPR umumkan berlaku PRK.

Pas dari awal ‘hijack’ Bersatu kawal semua perkara termasuk melantik bekas pemimpin UMNO Annuar Musa jadi pengarah operasi PRK. Sebabnya, dia petah berhujah dan yang lebih penting berduit.

Kemudian calon ‘lompat parti’ diumum. Asalnya pemuda Pas tapi lompat masuk Bersatu dengan ‘restu’ pemimpin Pas siap dengan sumpah laknat kerana nak kawal calon kerusi ini supaya tragedi ADUN Bersatu sokong PMX tak berulang. 

Terang-terangan Bersatu dibuli Pas kononnya selaku ‘abang besar’. 

Sejak awal kempen, semua panglima Pas lebih menonjol. Pemimpin kerajaan negeri turun ke Nenggiri untuk memenangkan calon Pas-‘Bersatu celup ini.

7Oleh kerana tiada Idea dan modal, maka fokus kempen ialah hentam DAP termasuk kitar semula fatwa songsang ‘kafir harbi’. 

Ini zahirkan sifat khawarij dan ghuluw yang memang dah sebati dalam diri pemimpin dan ahli Pas.

Paling sadis adalah pada malam diumumkan keputusan. Pas dan Bersatu yang dari awal meletakkan segala keyakinan dan harapan paling tinggi bahawa kemenangan di PRK ini akan dijadikan modal politik dan referandum penolakan terhadap kerajaan PMX, namun yang berlaku adalah ‘terbalik kuang’.

Pas bukan sahaja kalah kerusi Nenggiri, tetapi kalah moral apabila ia menjadi kerusi pertama bertukar parti (pecah telur) dalam beberapa siri PRK yang telah diadakan selepas PRU15.

Realitinya, adalah satu kesipuan besar untuk Pas apabila kalah di kerusi sendiri, di negeri yang dikuasai parti sendiri. Memang malu!

Tiada ulasan: