"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bakal suami batal kahwin beberapa jam sebelum akad nikah

KOSMO
Tangkap layar menunjukkan Devita (tengah) bersama rakan-rakannya. - TikTok @dvitasss
JAKARTA – Seorang wanita di Sukabumi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian orang ramai selepas mendedahkan bahawa bakal suaminya membatalkan perkahwinan mereka, beberapa jam sebelum acara akad nikah berlangsung. 

Saluran berita Tribun melaporkan semalam bahawa wanita bernama Devita Suci itu berkongsi pengalaman peritnya di media sosial. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @dvitasss, rakan-rakannya dilihat cuba menghiburkan Devita. 

Mereka juga meneruskan ‘acara’ itu dengan melakukan pelbagai aktiviti lain termasuk mengaji dan adat renjis.

“Saya jadikan pengajaran untuk masa hadapan. Selepas ini harus lebih berhati-hati mencari calon suami,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu menjadi tular dan meraih lebih 7.1 juta tontonan bersama 489,500 tanda suka. 

“Awak sebenarnya telah diselamatkan (daripada bakal suami),” kata netizen. 

“Lebih baik gagal untuk berkahwin daripada gagal dalam rumah tangga,” kata netizen lain. – AGENSI

Tiada ulasan: