"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemain Atletico dapat kad merah kerana kencing di tepi padang

Bharianonline
Pemain Atletico Awajun, Sebastian Munoz membuang air kecil di tepi padang ketika menunggu untuk mengambil sepakan sudut. FOTO/AGENSIPemain Atletico Awajun, Sebastian Munoz membuang air kecil di tepi padang ketika menunggu untuk mengambil sepakan sudut. FOTO/AGENSI
LONDON: Seorang pemain bola sepak dilayangkan kad merah selepas didapati kencing di tepi padang sebelum mengambil sepakan sudut.

Detik memalukan itu berlaku pada aksi Copa Peru antara Atletico Awajun menentang Cantorcillo FC.

Awajun mendapat sepakan sudut pada minit ke-71 ketika kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Pemain Awajun, Sebastian Munoz menunggu seketika untuk mengambil sepakan sudut memandangkan penjaga gol Cantorcillo, Lucho Ruiz sedang mendapatkan rawatan dalam kotak penalti.

Namun selepas menyedari Ruiz mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan rawatan, Munoz mengambil peluang untuk membuang air kecil seketika.

Salah seorang pemain Cantorcillo menyedari insiden itu dan terus memanggil pengadil yang kemudiannya melayangkan kad merah kepada Munoz.

Ini bukanlah kali pertama pemain membuang air kecil ketika perlawanan berlangsung.

Pada 2017, penjaga gol Salford, Max Crocombe dilayangkan kad merah kerana kencing ketika menentang Bradford.

Setahun sebelum ini, penyerang Mansfield, Adi Yussuf didenda dan digantung lima perlawanan kerana membuang air kecil di belakang tempat duduk penyokong ketika berdepan Plymouth.

Jens Lehmann juga pernah berdepan situasi sama pada 2009. -AGENSI

Tiada ulasan: