"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isteri yang curang, suami pula kena penjara 3 tahun

KOSMO

TAIPEI- Seorang lelaki di Taiwan dihukum penjara tiga bulan atas kesalahan menceroboh privasi isterinya dengan memasang kamera pengintip di dalam rumah mereka, lapor portal berita Oddity Central semalam.

Lelaki bernama Fan itu nekad memasang kamera pengintip di ruang tamu dan bilik tidur selepas mengesyaki isterinya berlaku curang dengan lelaki lain. 

Mereka telah mendirikan rumah tangga selama beberapa tahun dan mempunyai dua anak pada 2022. 

Kamera yang dipasang berjaya merakam aksi panas isterinya bersama lelaki lain di dalam rumah mereka. 

Fan menggunakan rakaman itu untuk membuat permohonan cerai tetapi gagal, menyebabkan dia memfailkan tuntutan sivil terhadap pasangannya. 

Namun, isteri Fan membuat laporan polis dan mendakwa suaminya menceroboh privasi dengan memasang kamera pengintip di dalam rumah tanpa persetujuan bersama. 

Mahkamah Tinggi Taoyuan kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap Fan atas kesalahan merakam aktiviti peribadi orang lain secara rahsia dan tanpa alasan yang sah. – AGENSI

Tiada ulasan: