"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isteri terkejut suami disangka ‘mati’ pulang ke rumah

KOSMO 
EDUARDO (kiri) kembali ke rumah selepas 'mayatnya' dikebumikan. - Foto MSNews
MANILA – Seorang lelaki di Pangasinan, Filipina mengejutkan keluarga dan jiran-jirannya apabila dia pulang ke rumah beberapa hari selepas mereka sudah ‘mengebumikannya’, lapor portal berita MSNews semalam.

Menurut saluran televisyen GMA, Eduardo Gille Sr yang berusia 63 tahun, meninggalkan rumah pada 1 Ogos lalu berikutan perselisihan faham dengan isterinya.

Namun, pada 4 Ogos lalu, sebahagian badan milik seorang lelaki ditemui di sebuah pantai tidak jauh dari rumah Eduardo.

Memandangkan lelaki itu tidak pulang ke rumah walaupun setelah membuat laporan orang hilang, keluarganya menganggap mayat itu adalah milik Eduardo dan menuntutnya pada hari berikutnya.

“Saya benar-benar menyangka mayat itu adalah dia kerana kakinya mempunyai tanda alahan, sama seperti suami saya (Eduardo),” kata isterinya, Lydia.

Mayat itu juga mempunyai seluar jean denim yang dipakai Eduardo ketika dia meninggalkan rumahnya, kata laporan media tempatan.

Keluarganya kemudian mengebumikan mayat lelaki tersebut pada 7 Ogos lalu.

Bagaimanapun, mereka benar-benar terkejut apabila Eduardo tiba-tiba pulang ke rumah beberapa hari kemudian. – AGENSI

Tiada ulasan: