"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bangkai ‘ikan gempa bumi’ terapung di laut

KOSMO
IKAN naga laut yang ditemui di luar pantai San Diego. - Foto Fox
WASHINGTON – Bangkai ‘ikan gempa bumi’ yang jarang dilihat, ditemui terapung di permukaan air di luar pantai San Diego, California, dan dibawa ke darat untuk kajian, lapor portal berita MailOnline.

Ikan dayung atau ‘oarfish’ sepanjang 3.65 meter berwarna perak itu ditemui hujung minggu lalu oleh sekumpulan penyelam dan beberapa orang yang menaiki kayak di La Jolla Cove, utara pusat bandar San Diego.

Menurut kepercayaan ramai, ikan itu adalah petanda akan berlakunya gempa bumi dan bencana alam lain walaupun tiada bukti bagi menyokognya.

Namun, kejadian gempa bumi dengan kekuatan 4.4 magnitud berlaku pada Isnin lalu yang berpusat berhampiran kawasan kejiranan Highland Park di Los Angeles, California.

Ikan dayung yang boleh membesar sehingga 6.09 meter itu adalah yang ke-20 diketahui terdampar di California sejak 1901. – AGENSI

Tiada ulasan: