"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga Itali ditahan curi barang RM75 di klia2

Samadi Ahmad
am@hmetro.com.my

Sepang: Seorang warga Itali ditahan selepas disyaki mencuri di sebuah premis produk penjagaan kesihatan dan kecantikan di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari'at berkata, polis menerima laporan daripada pengurus premis berkenaan jam 6.29 petang semalam.

Katanya, terdahulu seorang pekerja premis yang membuat semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengesan seorang lelaki mengambil dua kotak ubat masing-masing bernilai RM45.90 dan RM29.52.

"Bagaimanapun, lelaki berkenaan keluar tanpa membuat bayaran.

"Susulan itu, satu laporan polis dibuat dan suspek berjaya ditahan ketika berada di aras dua klia2.

"Kita merampas barangan yang dicuri bersama sebuah beg berwarna kelabu dengan kerugian dianggarkan bernilai RM75.42," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata, suspek berusia 58 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Katanya, suspek dibenarkan tahan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat untuk siasatan lanjut.

Tiada ulasan: