"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bacalah! Perihal dua orang yang tidak tahu-menahu fasal bahasa Melayu berbicara mengenai bahasa Melayu dan bangsa Malaysia

Hmm!

Hmm!!

Disalin daripada New Straits Times, 21 Mac 2009. Perbualan antara Datin Noor Azimah dengan Tuan Ng Chai Heng dirakamkan oleh wartawan New Straits Times Koh Lay Kim, wartawan New Starits Times.

Ini adalah terjemahan. Sekiranya ada keraguan, anggaplah versi bahasa Inggeris itu yang tepat. Terjemahan ini tidak semestinya benar menurut apa yang ada dalam kepala dan dada yang terlibat.

Penyokong PPSMI: Datin Noor Azimah Abd Rahim adalah pengerusi Parent Action Group for Education dan naib pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara.

Penyokong PPSMC, tetapi tidak menentang PPSMI: Ng Chai Heng adalah pengerusi PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yoke Nam dan ahli Dong Jiao Zong dan Jiao Zong.

Kedua-duanya sudah dijemput bercakap kepada Persidangan Meja Bulat PPSMI.

Tuan Ng Chai Heng dan Datin Noor Azimah sedang menentukan nasib semua orang Melayu

Tuan Ng Chai Heng dan Datin Noor Azimah sedang menentukan nasib semua orang Melayu

Datin Nor Azimah: Apa pandangan Tuan mengenai tunjuk perasaan baru-baru ini?

Tuan Ng Chai Heng: Mereka mengungkapkan perasaan mereka. Itu hak mereka. Orang Cina tidak melibatkan diri. Ada sebabnya.

Yang ini bukan Cina wahai Tuan Ng Chai Heng

Kalau ini bukan Cina ... Mongolialah agaknya!

Datin Noor Azaimah: Apa sebabnya?

Tuan Ng Chai Heng: GMP sepatutnya menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang Dipertuan Agong itu kepada Dong Zong supaya dapat diteliti. Tetapi ini tidak dilakukan kerana tidak ada masa.

Dengar betul-betul, kami sokong GMP!

Dengar betul-betul Dato', siapa kata Cina tidak sokong GMP!

Datin Noor Azimah: Adakah ini tipu helah GMP …?

Tuan Ng Chai Heng: Tidak. Cuma salah faham. Oleh sebab itu Dong Zong memutuskan tidak menyertai tunjuk perasaan itu. Apa jadi sekiranya kandungannya ‘Kami mahu semuanya dalam bahasa Melayu’? Itu saja.

Wek! Siapa kata kami tidak menyokong!

Wek! Siapa kata kami tidak menyokong!

Datin Noor Azimah: Sekiranya memorandum itu memihak kepada Tuan?

Tuan Ng Chai Leng: Sekiranya ia menuntut pemansuhan PPSMI dan mengekalkan bahasa ibunda, mereka akan ikut. Maaf, saya bukan Dong Zong.

Datin Noor Azimah: Tetapi pada Tuan Mandarin itu bukan bahasa ibunda! Dan Tuan juga ada mengatakan yang Tuan tidak peduli sekiranya Sekolah Kebangsaan semuanya dalam bahasa Inggeris.

Tuan Ng Chai Heng: Tidak, sebenarnya pada kami semua, kami tidak perlu peduli mengenai Sekolah Menengah. Ini adalah kerana kita sudah ada kontrak sosial yang dibentuk pada tahun 1957 dan tahun 1966 (1996?), maksudnya akta pendidikan baru. Kita sudah bersetuju sekolah rendah Cina dan Tamil diteruskan dalam bahasa masing-masing. Dan untuk sekolah menengah mereka membuat keputusan tidak perlu ada sekolah Cina. Itu menyebabkan pada masa itu, 60 sekolah membantah dan membentuk sekolah Cina persendirian yang bebas. Yang lain menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, seperti Sekolah Tinggi Katolik di Petaling Jaya. Sekolah-sekolah ini mematuhi sistem pendidikan kebangssan. Oleh sebab itu, sehingga bila-bila pun, masyarakat Cina tidak akan berunding lagi mengenai kedudukan sekolah menengah Cina. Isu itu sudah ditutup.

Kami hanya memikirkan tentang sekolah Cina. Ada orang yang bertanya ‘Apa maksud bahasa ibunda?’ sebab Hokian dan Kantonis juga adalah bahasa ibunda sesetengah orang Cina. Betullah, tetapi sistem tulisan bahasa Cina itu hanya satu.

Datin Noor Azimah: Saya tidak faham. Apa maksud satu bahasa tulisan?

Tuan Ng Chai Heng: Maksudnya, sama ada kami ini Hokian atau Kantonis, kami menggunakan satu sistem tulisan yang sama. Itulah bahasa ibunda yang satu pada kami. Datin tahukah, kadar keciciran sekolah Cina adalah tinggi. Ini adalah kerana mereka belajar dalam bahasa Cina di sekolah rendah, dan mereka yang datang dari luar bandar gagal menguasai bahasa Melayu di sekolah menengah. Mereka juga gagal menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa ketiga. Sukar benar pada mereka. 

Baca selanjutnya:-http://profabdullah1.wordpress.com/2009/03/21/apa-kata-penyokong-ppsmi/

Tiada ulasan: