"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hishamuddin bersifat kebudak-budakan

Menteri Besar Selangor menyifatkan tindakan kementerian pelajaran tidak membenarkan kerajaan pakatan rakyat membantu sekolah-sekolah di negeri yang dikuasai oleh mereka, sebagai sikap kebudak-budakan.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sekolah adalah sebuah institusi pendidikan yang tiada kena mengena dengan politik.

Justeru, langkah kementerian menakut-nakutkan guru-guru dan guru besar supaya tidak bekerjasama dengan kerajaan pakatan rakyat hanya akan merugikan masa depan rakyat yang memerlukan bantuan.

“Walaupun kami rasa kerajaan persekutuan tidak benarkan kita datang ke sekolah  dengan menakut-nakutkan guru serta guru besar supaya tidak bersama-sama dengan kita, perkara itu tidak penting.

“Yang penting ialah bagaimana kita dapat membantu rakyat kerana rakyat yang memilih kita, bukan Hishamuddin bukan pengarah pelajaran negeri. Dia boleh kasi stop, tapi rakyat yang pilih kita akan tetap dibela dan kita akan beri sumbangan kepada rakyat,” katanya.

Tan Sri Khalid hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah 120 ribu ringgit kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Highland, Bukit Tinggi, Klang bagi pembinaan dua lagi bilik darjah tambahan.

Menurutnya, kerajaan pakatan rakyat Selangor akan melawat semua 97 buah sekolah tamil di negeri ini dan akan menyalurkan bantuan yang difikirkan perlu menerusi peruntukan 4 juta ringgit yang disediakan.

Kebanyakan sekolah berkenaan dibina di dalam kawasan perladangan dan kurang diberi perhatian oleh kementerian pelajaran.

Justeru, beliau menyeru kementerian itu membuka ruang kepada kerajaan negeri mengadakan kerjasama dengan pihak sekolah dengan mengetepikan fahaman politik.

“Kalau saya tidak menolong di sini, boleh jadi kerajaan Aceh akan panggil saya tolong di sana. Ini satu perkara yang memalukan kerana kerajaan persekutuan tidak matang dalam pemikirannya,” ujarnya. 

 -TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: