"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BERSIH Tuntut Hishammuddin, Musa Letak Jawatan

 

   

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menuntut perletakan jawatan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Daerah Brickfields dan Pegawai Penyiasat Bertugas berhubung penahanan lima peguam daripada Biro Bantuan Guaman 7 Mei lalu. 

Ini selaras dengan slogan Perdana Menteri Najib Razak, "Prestasi Diutamakan" bila mana penangkapan peguam tersebut yang ketika menjalankan tugas mereka dianggap Badan Peguam Malaysia menyalahi undang-undang serta polis telah bertindak melampaui bidang kuasa mereka.

Berikut ialah kenyataan penuh BERSIH yang dikeluarkan semalam.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyokong tuntutan Majlis Peguam supaya Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein; Ketua Polis Negara, Musa Hassan; OCPD Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dan pegawai penyiasat bertugas Jude Pereira meletak jawatan
atas tangkapan yang tidak berlandaskan undang-undang terhadappeguam-peguam yang sedang menjalankan tugas pada 7 Mei, 2009.

Dengan merujuk kepada tuntutan Majlis Peguam yang meminta pihak-pihak terbabit meminta maaf, Hishamuddin menjawab bahawa peguam-peguam juga tidak terkecuali untuk dikenakan tindakan undang-undang, yang bermaksud bahawa peguam-peguam yang mewakili para tahanan juga
melakukan ?jenayah?. BERSIH ingin membuat penekaan bahawa jawapan yang diberikan menunjukkan bahawa Hishamuddin tidak mempunyai daya saing dan integriti sebagai seorang Menteri Dalam Negeri yang berkuasa dalam isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang danmemberi  arahan.

BERSIH mendesak Perdana Menteri Najib Tun Razak segera menggantikan Hishammuddin dari portfolio Kementerian Dalam Negeri sekiranya menteri berkenaan enggan meletak jawatan. Penggantian ahli kabinet tersebut amat bermakna sekiranya Perdana Menteri menitikberatkan slogannya "prestasi sekarang". Seperti rampasan kuasa di Perak, prestasi meleset dan tidak terduga Hishammuddin kini menjadi beban kepada kabinet baru.

BERSIH juga mendesak Menteri yang mengetuai prestasi semua menteri untuk mencadangkan agar Hishammuddin digantikan atau terus menyatakan pendirian memihak kepada Menteri berkenaan. Portfolio Koh yang mengawal kualiti (QC) akan menjadi suatu yang tidak bermakna sekiranya beliau tidak bertindak ke atas krisis-krisis yang berlaku tetapi hanya membuat laporan prestasi (KPI) selepas berbulan-bulan berlakunya sikap yang tidak ada daya bersaing di kalangan menteri.

BERSIH juga ingin menekankan bahawa resolusi Majlis Peguam untuk menuntut kebertanggungjawaban politik dan memohon remedi kehakiman di atas tahanan yang tidak berlandaskan undang-undang terhadap peguam-peguam yang sedang bertugas waktu itu sebagai satu tindakan melindungi kepentigan awam dan tidak dipengaruhi oleh kepentingan
persendirian. Kumpulan masyakarat sivil termasuk pertubuhan profesional sepatutnya menunjukkan solidarity terhadap Majlis Peguam dalam mendesak pihak kerajaan untuk memohon maaf dan perletakan jawatan Menteri dan pegawai-pegawai polis atas salah laku mereka.

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: