"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tian Chua Diarah Bela Diri Dalam Kes Menggigit Polis

Pengarah strategi PKR Tian Chua diarah membela diri terhadap tuduhan mencederakan seorang anggota polis secara menggigitnya dan menghalangya daripada menjalankan tugas pada Disember 2007.

tian chua and bersih parliament rally incident court hearing 180509Magistret Mohd Fauzi Che Abu memutuskan pagi ini bahawa pihak pendakwa berjaya membuktikan kes terhadap ahli parlimen Batu itu.

Tian diwakili peguam Ranjit Singh dan Razlan Hadri Zulkifli, manakala pendakwaan diketuai oleh DPP Hanafiah Zakaria. 

Perbicaraan akan disambung pada 20 hingga 23 Julai depan.

Tian, atau nama penuhnya Chua Tian Chang, 46, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi bertugas di Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

bersih parliament police blockade memo 111207 tian chua hauledTian ditangkap sewaktu perhimpunan Bersih di luar bangunan Parlimen kerana membantah pindaan perlembagaan bagi melanjutkan umur bersara pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 332, Kanun Keseksaan. Jika didapati bersalah, Tian boleh dihukum denda atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Tian akan kehilangan kelayakan sebagai ahli parlimen jika dipenjara melebihi setahun atau didenda melebihi RM2,000. 

Dalam penghakimannya, Mohd Faizi berkata, beliau mengambil kira keterangan yang menunjukkan saksi pendakwaan kedua yang juga mangsa - Rosyaidi - tiada niat dan sebab untuk menumbuk Tian kerana mangsa perlu mempertahankan diri dalam satu pergelutan.

Mohd Faizi berkata, terdapat dua elemen dalam penghakimannya iaitu mangsa sebagai penjawat awam hanya menjalankan tugasnya ketika dalam operasi itu, khususnya ketika menahan Tian dan bahawa tertuduh juga menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Katanya, keterangan Dr Norzilawati Ahmad, yang merawat Rosyaidi, menyatakan bahawa gigitan yang terdapat pada lengan anggota polis itu adalah kuat sehingga memberikan kesan.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: