"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Kerajaan Digesa Segera Tubuhkan Jawatankuasa Diraja Siasat Skandal PKFZ

Keengganan pihak kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya bagi menyiasat skandal zon bebas perlabuhan klang PKFZ akan membuka ruang kepada pelbagai pihak untuk terus mengkritik pentadbiran negara.

Pakatan Rakyat sebelum ini mengusulkan penubuhan jawatankuasa diraja bagi menyiasat skandal melibatkan wang rakyat berbilion ringgit ini pada persidangan parlimen penggal kedua jun lalu.

Namun ditolak speaker Pandikar Amin Mulia atas alasan usul itu tidak perlu disegarakan.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar menyatakan beliau tidak yakin kepada jaminan kerajaan sebelum ini yang menjanjikan siasatan telus dan adil akan diadakan bagi menyelesaikan isu ini.

"Mengapa kerajaan tidak mahu menubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat isu PKFZ yang berlarutan sehingga kini. Kita telah bagi cadangan didalam Parlimen dan diluar Parlimen sebab kita lihat badan- badan yang ada sukar untuk buat siasatan samaada SPRM ataupun PDRM. Tidak ada jaminan tindakan yang telus dan penuh integriti," kata Mahfuz.

Skandal PKFZ juga sudah dibawa ke mahkamah tetapi masih tidak ada sebarang tanda- tanda skandal ini akan menemui titik noktah.

Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah SPRM mendedahkan kontraktor utama Kuala Dimensi mengenakan bayaran terlampau sehingga projek ini menanggung bebas hutang dan kos yang tinggi. Kos operasi PKFZ melonjak naik daripada kos asal sebanyak RM 1.1 billion kepada RM7 bilion juta dan mungkin mencecah sehingga RM 12.5 billion.

Dalam perkembangan lain, Kuala Dimensi mendakwa Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat menggunakan pesawat khas milik Kuala Dimensi untuk kegunaan peribadi.

Ong bingkas menyaman syarikat berkenaan kononnya untuk membersihkan nama baiknya.

Mahfuz menyifatkan tindakan Ong adalah satu tindakan yang berani sekaligus mencerminkan menteri pengangkutan itu tidak berdiam diri tatkala didakwa menyalahguna kuasa.

Sifat ini jauh berbeza dengan ketuanya, Najib Razak yang sehingga kini masih berdiam diri walaupun menerima tomahan dari seluruh dunia berhubung kematian warga mongiolia, Altantuya Sharibbu.

"Isu ini sudah berlarutan. Kini sesi tuduh diantara Kuala Dimensi dan pihak menteri. Ong didakwa RM 5 juta dan menggunakan pesawat secara percuma kepnuyaan Kuala dimensi. Ong telah mendakwa syarikat itu sebagai usaha untuk membersihkan nama dia. Ini adalah satu tindakan yang berani berbanding ketuannya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang sehingga kini masih belum mengambil tindakan terhadap tuduhan liar terhadapnya, walaupun sudah dinasihatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan bekas Naib Presiden UMNO, Tengku Razaligh Hamzah," ujarnya lagi.
-tvantara.com-

Tiada ulasan: