"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nizar: Malaysiakini disiasat selepas enggan buang video demo kepala lembu

Seramai 12 lagi kakitangan Malaysiakini disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penerbitan video berkaitan perarakan membawa kepala lembu bagi membantah pemindahan kuil Hindu di Seskyen 23 hujung bulan lalu.

Dalam sesi selama lapan jam sejak 10.30 pagi, lapan pegawai SKMM merakamkan kenyataan ketua pegawai eksekutif akhbar web itu Premesh Chandran.

Mereka juga menyiasat editor, wartawan, juruvideo dan kakitangan teknikalnya di pejabat portal berita itu di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

Selain Premesh, kesemua kakitangan terlibat dalam proses pemberitaan, suntingan dan penerbitan dua berita dan video berhubung demonstrasi di Shah Alam pada 28 Ogos dan sidang media Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, 2 September lalu.

Mereka yang terlibat: wartawan-wartawan Rahmah Ghazali, Jimadie Shah Othman, Andrew Ong, juruvideo Amir Abdullah, editor-editor K Kabilan, Nasharuddin Rahman, Fathi Aris Omar, editor-editor video Shufiyan Shukur, Ng Kok Foong dan Lydia Azizan.

Suruhanjaya itu turut mengambil keterangan syarikat pelayan web
Malaysiakini di pejabatnya di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur hari ini.

Seorang lagi juruvideo, Mohd Kamal Ishak – yang sedang bercuti – akan diambil keterangannya Khamis ini.

Sabtu lalu, ketua pengarang kumpulan
Malaysiakini Steven Gan disiasat selama 45 minit berhubung kes yang sama.
-malaysiakini.com-

Tiada ulasan: