"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Skandal dan Seks Di Pejabat

hurin rihana
Kadang-kadang hendak juga aku pejamkan mata pekakan telinga, pernah aku mengadu pada sahabat yang aku anggap guru, tetapi tiada respon tiada penyelesaian. Mengadu pada Manager sama macam mengadu pada sang buaya yang kelaparan kerana dia juga berada dalam kem yang sama.

Dirumah ada isteri, di rumah ada suami tetapi di pejabat ada skandal. Sedang di rumah membelai dan meriba anak-anak kecil, tetapi di pejabat tanpa segang pilu berpegangan tangan antara laki dan bini orang ni. Siap aksi beriba lagi. Ditegur akan menyusahkan kerja aku pula kerana selalu berurusan dengan minah ni. Dia yang punya kuasa untuk mempercepatkan kerja aku. Ini Kisah pertama.

Keduanya, betulah berempuan ni memang bodoh, memang bangang, akal pendek ... Si lelaki pula memang bijak, memang licik, memang pandai tapi MEMANG JAHAT. Lelaki Jahat, Perempuan Bodoh. Itu bahasa yang senang digunakan.

Wanita macam mainan ditempat kerja ku. Terasa, wanita hanyalah alat bagi lelaki. Kesian wanita-wanita itu. Pernah aku terdengar dari yang empunyai diri (wanita) dia hanya ringan-ringan je tak sampai melakukan hubungan seks. Bodoh! Jijik aku mendengar cerita itu.

Ada juga aksi-aksi yang dirakam melalui telefon. Aksi bogel si wanita bodoh. Tak tahulah aksi itu dirakam semasa mabuk atau apa, tetapi wanita dalam rakaman itu adalah rakan sekerja aku juga. Dan aksi itu ada dalam handphone rakan sekerja ku juga. Malu bercampur kesian pada wanita bodoh itu.

Kateria wanita untuk mendapat kerja di bahgian aku adalah seorang wanita seksi yang sedap mata memandang, senang tangan menjalar, boleh dibawa kesana-kemari dan boleh dipasing ke orang lain bila sudah puas.

Semua ini bukan fitnah, bukan gosip, bukan adu domba tetapi itulah realiti tempat kerja yang bernama Islamic.

Sekarang ni division aku dah jadi macam pertanding buntuk cantik, dan dada besar. Malu aku berbicara soal ini tetapi semuanya adalah realiti yang tak mampu aku ubah. Terasa kerdil ingin berjuang dan kadang-kadang bila ada sahabat yang ada sedikit kesedaran datang menceritakan perihal itu aku langsunng tiada rasa marah dan benci.

Aku rasa pelik dengan diri aku kenapa semua itu hilang, sedangkan membenci maksiat dengan hati adalah selemah-lemah iman dan tiada iman lagi selepas itu. Adakah imanku telah tercabut akibat selalu berdepan dengan maksiat itu, atau aku juga telah tergolongan dalam golongan itu. Semoga Allah kembalikan aku seperti aku di dalam jemaah dulu.

Aku rindukan suasana di mana saudara2 seakidah berjuang menegakkan Islam, melakukan amal makruf nahi mungkar. Aku rindukan kalian. Atau kini, aku kena mengatur langkah membina tarbiah diri untuk melawan maksiat itu sendirian.

"Ya Allah tingkatkanlah iman ku, kembalikanlah aku sebagaimana aku yang pernah KAU berikan sedikit kekuatan untuk berkata benar didepan yang ada kuasa dan membenci maksiat."

http://politikbaru.blogspot.com/

Tiada ulasan: