Harakahdaily | |
KUALA LUMPUR, 9 Sept: Pemuda PAS mempersoal tindakan kerajaan Malaysia membelanjakan RM16 juta bagi tempoh 2009 hingga 2012 untuk menjayakan program 'Road to London 2012' bertujuan mencari pingat emas pertama Malaysia daripada Sukan Olimpik di London pada 2012. Mereka bukan menolak insentif sukan tetapi meminta meminta kerajaan melihat kembali proses pembinaan atlit negara dahulu dan sekarang di samping kedudukan ekonomi negara kini, kata ketuanya, Nasrudin Hassan. Dalam tempoh 2009 - 2012, secara puratanya kerajaan akan membelanjakan RM5.3 juta setahun bagi 19 atlet yang dipilih dari empat acara sukan iaitu badminton, memanah, berbasikal dan terjun. Nasrudin n berkata dalam satu kenyataan berkata, Pemuda PAS tidak menolak jika perbelanjaan itu mempunyai asas yang kuat untuk kebaikan rakyat di seluruh negara. Namun apa yang dipersoalkan adalah nilainya yang terlalu tinggi iaitu RM16 juta untuk seketul pingat emas olimpik yang berharga kurang dari RM1,000. Menurut laman web WikiAnswer, seketul pingat emas secara puratanya mempunyai berat sekitar 250 gram dengan kandungan sebenarnya adalah 244 gram perak dan 6 gram emas yang disadur dipermukaannya. Harga antarabangsa pada akhir 2008 hanyalah sekitar USD 300 sahaja. "Mungkin Kerajaan Malaysia tidak memandang kepada nilai pingat emas itu, tetapi lebih terdorong oleh semangat 'Malaysia Boleh' di mana Kerajaan mengharapkan kemahsyuran negara di peringkat antarabangsa dalam dunia sukan olimpik,"katanya. Ujarnya juga, kemasyuran yang dikejar itu hanyalah satu catatan sejarah yang belum pasti memberikan impak politik dan moral yang besar kepada negara dan dunia sukan. Malah kemahsyuran itu juga pastinya tidak lama, sama seperti misi-misi 'Malaysia Boleh' sebelum ini. Pada era pemain bola sepak lagenda negara Allahyarham Moktar Dahari, seluruh atlit sanggup berkorban masa dan wang ringgit untuk negara walaupun mereka tidak diberikan ganjaran yang besar seperti hari ini. "Berdasarkan pengalaman itu, DPPP menyedari bahawa kejayaan atlit kita dahulu banyak didorong oleh motivatisi diri sendiri dan bukannya dengan pembaziran yang melampau. Mereka juga menghabiskan masa berlatih dalam negara dan hanya keluar negara jika ada pertandingan." DPP mencadangkan agar budget sebesar itu digunakan untuk atlit negara menyertai lebih banyak pertandingan di luar negara, dan bukannya sekadar berlatih sahaja. Dengan lebih banyak pertandingan yang disertai maka mereka akan merasai lebih banyak pengalaman dan motivasi diri akan meningkat. "Dalam masa yang sama, kita juga boleh memecahkan anggapan rakyat bahawa atlit kita hanyalah sekadar jaguh kampung," katanya. Pemuda PAS juga, katanya, menyokong bidang sukan kerana ia adalah keperluan jasmani yang penting, khususnya dalam memupuk generasi yang cergas dan sihat. "Namun kerajaan harus berjimat cermat demi kebaikan semua pihak terutamanya dalam suasana kegawatan ekonomi ini," ujarnya. Pemuda PAS turut merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua atlit yang berusaha keras bagi mengharumkan nama negara selama ini. Sama ada mereka mendapat pingat atau tidak, DPPP yakin bahawa mereka sudah berusaha sebaik mungkin ke arah itu. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
UBN Najib Altantuya: RM16 juta untuk 'Road to London' terlalu besar - Pemuda PAS
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan