"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Ong Tee Keat panggil Chua Soi Lek anjing?

pemudawilayah

Dr Chua mendakwa bahawa Ong telah memanggilnya "anjing" dan akan menggunkan lembaga disiplin MCA untukmemusnakan karier politiknya.

Menurut Dr Chua juga di dalam siri lawatan yang dianjurkan oleh Ong, beliau tidak henti-henti menabur fitnah mengenai beliau(Dr Chua) dan semasa dalam lawatan ke Sabah Ong memanggil Chua sebagai'anjing'.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan satu pertemuan dengan penyokongnya di sebuah restoran di Melaka semalam.

Saya ingin memberitahu Ong bahawa menabur fitnah tidak akan meraih sokongan daripada masyarakat Cina dan dia pun tak akan mendapat sokongan daripada perwakilan MCA," tegas beliau.

Beliau juga mendakwa Ong sebagai pemimpin MCA yang tidak takut kepada sesiapa.

Ketika mengulas mengenai tandatangan yang berjaya diperolehinya daripada perwakilan untuk mengadakan EGM tunggal, sehingga kini beliau berjaya mengumpul 1,100 tandatangan.

"Bagaimanapun, ada daripada mereka yang meminta supaya senarai nama mereka yang tandatangan tidak didedahkan kerana mereka faham, Presiden MCA (Datuk Seri Ong Tee Keat) seorang yang ganas," katanya.

http://dppwp.wordpress.com

Tiada ulasan: