"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Kitaran politik ganas untuk MB Selangor

Samsuri Roslan

Beberapa hari sebelum menjelang dialog isu kuil tersebar risalah yang diedarkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat negeri mengenai toleransi beragama kepada para penduduk Melayu Islam di sekitar Seksyen 23 Shah Alam.

Begitu juga tempat dialog yang dijadualkan pada September 5 lalu di Dewan Serbaguna Seksyen 23 Shah Alam turut diubah berikutan kemungkinan bibit-bibit ketegangan akan berlaku.

Menyedari hakikat ini dan berkemungkinan besar untuk meredakan keadaan, pihak kerajaan negeri telah mengubah tempat dialog di Dewan Bankuet Wisman Majlis Bandaraya Shah Alam.

Bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku. Risalah yang diedarkan dan tempat dialog turut diubah tidak memberi impak kepada penduduk sehingga menimbulkan suasana tegang di majlis tersebut. Berlaku kejadian maki hamun sehingga membabitkan Menteri Besar Selangor sendiri, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Selaku Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri, Khalid terus menghadapi pelbagai cabaran untuk menguji kewibawaan beliau.

Sejak dari awal beliau mentadbir Kerajaan Negeri pelbagai isu timbul samada dari kalangan parti pambangkang mahupun dari rakan dalam kerajaan gabungan Pakatan Rakyat dan isu peribadi.

Sejarah kitaran politik ganas seolah-olah sudah menjadi sumpahan kepada mereka yang memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Dalam satu wawancara Datuk Chamil Wariya bersama mantan Menteri Besar Selangor mengenai isu ini, Datuk Seri Khir Toyo ada menjelaskan beliau mendengar kata orang kerusi Menteri Besar Selangor ini panas dan semacam ada sumpahan bagi penyandang jawatan.

“Sebenarnya tiada ada sumpahan. Cuma cara kita bawa diri kena betul. Kadang-kadang kita melakukan kesilapan-kesilapan dan kita kena belajar dari kesilapan itu. Kalau orang kata kerusi Menteri Besar ini panas, mungkin betul. Tetapi saya sendiri tidak rasa begitu kecuali kalau kita mungkin sukar ditegur atau sukar dirapati rasa panaslah. Bagi saya bila kita buat kerja betul kita akan teruskan dan kita tegakkan,” kata Khir dalam wawancara itu.

Termasuk Khalid, Selangor sudah mempunyai 15 orang Menteri Besar. Tujuh Menteri Besar yang awal adalah melalui lantikkan. Menteri Besar Selangor yang pertama adalah Datuk Hamzah Abdullah, Raja Tun Uda Raja Mohamad, Datuk Othman Muhamad, kembali kepada Raja Tun Uda, Tun Dr Abdul Aziz Abdul Majid, Muhamad Ismail Abd Latif dan Tan Sri Abdul Jamil Rais.

Jawatan Menteri Besar melalui Pilihan raya umum mahupun pemilihan parti Umno pula adalah Datuk Abu Bakar Baginda, Datuk Harun Idris, Datuk Hormat Rafie, Datuk Ahmad Razali, Tan Sri Muhamad Mohd Taib, Tan Sri Abu Hasan Omar, Khir Toyo dan kini Khalid.

Krisis kepemimpinan Menteri Besar disifatkan serius selepas jawatan mereka dilantik melalui pilihan raya umum.

Krisis Harun Idris berkesudahan pemecatan beliau pada awal 1976. Dia hilang jawatan parti dan kerajaan. Antara tuduhan adalah memiliki harta bernilai RM60 juta yang juga dikaitkan dengan pembabitan dalam mengagih kensesi balak di Bangi.

Pada November 24 1975, Harun disabitkan dengan salah guna wang hampir RM8 juta Bank Rakyat kerana membiyai perlawatan tinju Heavyweight Muhamad Ali dan Jeo Bugner. Dia juga menghadapi tuduhan rasuah RM250 ribu dari Hong Kong & Shanghai Bank Corporation sehingga membawa hukuman penjara.

Hormat Rafie mengundurkan diri sebagai Menteri Besar pada tahun 1982 apabila dikaitkan dengan tindak tanduk ‘mencantas’ orang-orang Harun sepanjang beliau memegang jawatan. Beliau yang dipilih sebagai pemimpin ‘meredakan keadaan’ terpaksa akur apabila peralihan kuasa berlaku di peringkat nasional dengan Tun Dr Mahathir Muhamad menggantikan Tun Hussien Onn. Dr Mahathir melantik semula Harun sebagai Pengarah Pilihan raya Barisan Nasional negeri yang memberi gambaran karier politik Hormat sudah berada di penghujung.

Perlantikan Datuk Ahmad Razali pada tahun 1982 sebagai Menteri Besar memberikan harapan baru kepada pengundi Selangor memandangkan hubungan keluarga beliau dengan Dr Mahathir.

Ahmad yang merupakan abang ipar kepada Dr Mahathir hanya bertahan satu penggal berikutan tekanan dari individu tertentu di peringkat nasional yang mahukan beliau digugurkan sebagai calon pada pilihan raya umum 1986.

Beliau memberi watikah kepada semua calon yang bakal bertanding tetapi namanya sendiri tiada dalam senarai di saat-saat akhir. Keputusan ini mengecewakan para penyokong beliau memandangkan tekanan dari individu tertentu di peringkat nasional kini sudahpun menyertai gabungan Pakatan Rakyat.

Perlantikan Muhammad menjadi suatu anjakan baru kepada perkembangan politik, sosial, ekonomi dan pembangunan negeri Selangor. Walaupun Selangor disifatkan sebagai dinamik di bawah pentadbirannya, namun dia tidak sunyi dari pelbagai isu.

Krisis dengan Sultan Selangor, isu perlantikan timbalan menteri besar, isu tanah dan kes gagal istihar wang bernilai RM2.4 juta yang Muhammad bawa masuk ke Australia telah menjadi isu hangat. Pada April 14 1997, beliau kehilangan jawatan menteri besar walaupun didapati tidak bersalah.

Abu Hassan Omar yang menggantikan Muhammad dengan slogan Tunggak 10 turut menjadi mangsa kitaran politik ganas. Dia gagal memberikan jawapan yang memuaskan ketika penguabahsuaian kediaman Menteri Besar yang bernilai RM 5 juta. Semasa dalam pengubahsuaian ini, beliau diselar kerana menetap di Hotel Raddison, Shah Alam yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun isu dari akhbar Jawa Post yang mendedahkan beliau mempunyai anak luar nikah bersama adik iparnya gagal dijawab dengan baik sehingga membawa perletakkan jawatan pada Ogos 10 2000.

Begitu juga dengan berakhirnya karier politik Dr Khir Toyo yang menggantikan Abu Hassan apabila kerajaan BN tewas dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. Dr Khir turut menghadapi pelbagai isu seperti isu tanah di Bukit Cerakah, isu jalan di Sekincan, isu pemberian penyapu dan lainnya sehingga menimbulkan kurang senang kepada kaki tangan kerajaan negeri.

Kini Khalid sedang menghadapi pelbagai isu dan tekanan politik mahupun pentadbiran. Segala-galanya bergantung kepada wibawa dan kebijaksanaan beliau dalam menangani pelbagai isu yang dijangka akan berlarutan sehingga menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Kerusi Menteri Besar di Selangor disifatkan ‘unik’ dan sentiasa panas. Negeri ini menjadi tumpuan kerana ia disifatkan sebagai ‘nadi’ kepada ekonomi negara dan tidak menghairankan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia untuk menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.

Berbeza dengan kedudukan Menteri Besar sebelum ini yang lebih dikaitkan dengan masalah ‘politik dalaman’, Khalid pula diuji yang membabitkan pengundi Selangor.

-detikdaily.net-

1 ulasan:

ghostWRITER berkata...

sari berita penting,
BN mengganas di Selangor!
berita selanjutnya, BN hari dan selamanya akan dituduh serta difitnah dengan bertindak kejam terhadap PR yang menakluki tahta selangor.. seperti juga di Perak, MB BN digelar MB haram... Dalil juga telah dikeluarkan bahawa PR akan tahluk Bagan Pinang.. sama-samalah kita nantikan berita ini!! hahahaahhahahhahaahahah!!!!!