Harakahdaily | |
SHAH ALAM, 8 Sept: Seorang lelaki misteri yang telah membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran penderaan ke atasnya dijangka akan memberikan keterangan dalam Inkues kematian Teoh Beng Hock esok. Permohonan peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo untuk membawa lelaki itu sebagai saksi diterima oleh Koroner Azmil Muntapha Abas walaupun dibantah oleh peguam SPRM, Datuk Abdul Razak Musa. Semasa permulaan sidang pagi tadi, Abdul Razak berkata, laporan polis itu tidak relevan dengan inkues yang dijalankan atas beberapa sebab. Salah satunya adalah orang yang membuat laporan berkenaan pada 11 September 2008 adalah suspek, sementara Teoh adalah saksi. Namun, Gobind tidak bersetuju dengan Abdul Razak kerana laporan polis itu melibatkan dakwaan-dakwaan terhadap saksi (Mohd Ashraf) Gobind mempersoalkan 'ketakutan' SPRM berhubung perkara itu. "Kenapa takut? Jika anda tidak melakukan apa-apa yang salah, katakan yang anda tidak lakukan apa-apa yang salah." Gobind menegaskan yang Mohd Ashraf mempunyai peluang untuk menafikan dakwaan-dakwaan itu jika dibenarkan memberi keterangan. Abdul Razak berkata, Gobind tidak boleh melibatkan Mohd Ashraf kerana selepas laporan itu diteliti, nama Mohd Ashraf tidak dinyatakan dalam laporan itu. Gobind berkata, laporan itu menyatakan 'beberapa pegawai SPRM' dan Mohd Ashraf adalah pegawai SPRM. Peguam mewakili Kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar menyokong hujah Gobind, dengan mengatakan Mohd Ashraf bekerja dengan SPRM ketika laporan itu dibuat. Koroner kemudiannya memutuskan, laporan itu relevan kerana ia berlaku di tempat yang sama (tingkat 14, Plaza Masalam) dan mungkin melibatkan orang yang sama. "Butiran dalam laporan itu relevan dengan fakta inkues ini," kata Azmil Muntapha. Mohd Ashraf dipanggil ke kandang saksi dengan Abdul Razak mula mengemukakan soalannya. Dalam jawapannya, Ashraf berkata, Teoh kelihatan gugup apabila melihat empat dokumen yang dicetak daripada komputer ribanya. Katanya, pegawai lain telah menunjukkan dokumen tersebut kepada Teoh semasa sesi soal jawab pada 15 Julai. Mohd Ashraf juga berkata, Teoh tidak pernah mengadu berada dalam kesakitan ketika berada di pejabat SPRM. Katanya, Teoh juga tidak menyebut apa-apa tentang akan berkahwin. Beliau juga tidak pernah dipanggil oleh polis berhubung sebarang dakwaan dalam laporan polis itu. Beliau juga bebas daripada sebarang saman sivil dan tidak pernah disaman kerana menyebabkan kecederaan berat. Inkues telah ditangguhkan sehingga esok dimana lelaki misteri ini dijangka akan memberikan keterangannya. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Nizar: Mangsa SPRM beri keterangan esok
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan