Hashim Abdullah | |
TEMERLOH, 8 Sept: Kemelut dan ketidaktentuan politik Terengganu yang didalangi pemimpin Umno akan berlarutan kerana Umno tidak mempunyai formula penyelesaian sebaliknaya meneruskan sikap berpuak yang amat menebal, kata Adun Sura, Terengganu, Wan Hassan Mohd Ramli Akibat daripada sikap yang berpuak itu, tambah Wan Hassan yang merupakan bekas Exco Kerajaan Terengganu ketika PAS mentadbir negeri itu, rakyat Terengganu terpinggir tanpa pembelaan yang wajar Bagi membetulkan keadaan Wan Hassan mengesa rakyat Terengganu agar bersikap berani menolak Umno secara menyeluruh pada pilihanraya umum akan datang bagi membentuk kerajaan negeri Terengganu yang aman dan stabil dibawah pemerintahan Islam yang menyeluruh. Beliau dipercayai mengulas apa yang berlaku di Terengganu sekarang. Baru-baru ini, majoriti Adun Umno memboikot majlis yang dihadiri Timbalan Presiden mereka sendiri, Tan Sri Muhyidin Yasin di Kuala Berang. Ini kerana majlis itu dianjurkan oleh kem Menteri Besar, Datuk Ahmad Said. Sebuah laman web melaporkan, sembilan dari mereka bercadang untuk keluar dari Umno bagi menyertai PKR dan membentuk kerajaan baru dengan PAS. Namun sehingga kini belum menjadi kenyataan. Seorang pemimpin kanan PAS Terengganu berkata, para Adun Umno ini penakut sebenarnya. Kesan dari apa yang berlaku dalam Umno ini, apapun tidak dapat berjalan di Terengganu sekarang. "Rakyat Terengganu sudah ada penilaian untuk dibuat perbandingan semasa pemerintahan PAS dahulu dengan apa yang berlaku sekarang. Perbalahan yang berlaku dalam pemerintahan Umno ini bukan kerana nak jaga rakyat tetapi untuk berebut jawatan bagi mengisi perut masing-masing. "Sebab itu kita percaya perbalahan dalam Umno Terengganu ini tidak akan dapat diselesaikan. Malahan, keadaan berpuak-puak itu bertambah menebal yang Umno tidak ada formula penyelesaian sama sekali," kata Wan Hassan sewaktu berceramah di Markaz PAS Seberang Temerloh, dekat sini, semalam. Tambah Wan Hassan rakyat Terengganu kini berada dalam kesusahan kerana kerajaan yang dipilih tidak dapat memberikan fokus bagaimana cara untuk mengatasi masalah rakyat yang miskin kerana perbalahan yang berpanjangan. "Dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka bisu seribu bahasa. Di luar, mereka berbalah kerana nak jaga kedudukan masing-masing. Ada yang sampai berlengan. Rakyat terbiar tanpa pembelaan, inilah yang berlaku. Sebab itu kita minta rakyat Terengganu pilih pemimpin yang ada Islam yang tahu nilai amanah, baru kita boleh selamat," katanya. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Nizar: Akibat perbalahan, rakyat Terengganu terabai
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan