"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Musa Hassan dan Abdul Gani Patail disaman RM100 juta /UBN Najb AItantuya

Bekas tahanan ISA, M Manoharan hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap ketua polis negara dan peguam negara kerana mendakwa beliau ada kaitan dengan keganasan.

Saman itu yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini, turut menamakan tiga penerbit buah akhbar yang didakwa menyiarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Menemani Manoharan yang juga ADUN Kota Alam Shah, ialah pemimpin Hindraf P Uthayakumar.

Manoharan, menamakan Tan Sri Musa Hassan (IGP), Tan Sri Abdul Gani Patail (AG), kerajaan serta Star Publications (M) Bhd, New Straits Times Press (M) Bhd dan Utusan Melayu (M) Bhd sebagai defenden.

Beliau menuntut RM100 juta gantirugi fitnah, gantirugi teladan, gantirugi keterlaluan dan perintah injunksi untuk menghalang Musa dan Abdul Gani atau agen mereka daripada mengulangi menerbitkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Manoharan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 13 Disember 2007 kerana peranan aktifnya dalam Hindraf.

Ekoran penangkapannya itu, Musa dan Abdul Gani telah berkata, lima pemimpin Hindraf yang ditahan, mempunyai hubungan dengan Tamil Tigers dari Sri Lanka.

Manoharan, yang menetap di Bandar Kinrara dibebaskan dari tahanan ISA pada bulan MCA.
-malaysiakini.com-

Tiada ulasan: