Pegawai-pegawai daerah di Selangor dipanggil ke hadapan Speaker Teng Chang Khim bagi membantu penyiasatan Selcat.
Semua Ahli Dewan Undangan Negeri bekas kerajaan Barisan Nasional Selangor yang lalu dikehendaki memberi penjelasan mengenai peruntukan setengah juta yang mereka belanjakan habis dalam masa dua hingga tiga bulan pertama 2008.
Adun BN menerima RM500,000 manakala Exco menerima penambahan RM100,000. Daripada 56 Adun pada masa itu, hanya 54 saja menerima peruntukan itu manakala Adun DAP, Teng Chang Khim (Sungai Pinang) dan Ng Suee Lim (Sekinchan) tidak menerima peruntukan kerajaan Dr Khir Toyo.
Pegawai Daerah Gombak Huzaini Samsi di Selcat hari ini mendedahkan Adun-Adun BN dibawah seliaan beliau telah menyalahguna wang peruntukan kerajaan negeri sebelum PRU12 tahun lalu.
Huzaini berkata perbelanjaan bulanan selalunya sekitar RM20,000 hingga RM30,000 namun menjelang pilihanraya umum, wakil-wakil rakyat BN ini akan memanfaatkan sepenuhnya takat perbelanjaan maksima.
"Keadaan yang luarbiasa berlaku menjelang pilihanraya kerana wang dibelanjakan sebanyak mungkin dengan cepat sekali," katanya.
Beliau akui ada kemungkinan wang peruntukan kerajaan negeri ini digunakan untuk berkempen dalam pilihanraya.
"Bergantung kepada adun berkenaan. Kerana kalau mereka mahu habiskan dengan segera, nanti kalau kita tahan, lain pula jadinya. Jadi kita kena luluskan secepat mungkin," kata Huzaini yang menjadi DO sejak 2007.
Huzaini mendedahkan tidak ada mekanisma memantau tabiat berbelanja adun-adun BN ini mahupun kemahuan untuk mempertanggungjawabkan adun-adun BN ini diatas apa yang berlaku.
-tvantara.com-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan