"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Ong dakwa ada konspirasi jatuhkannya

Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 10 Sept: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat mendedahkan wujudnya konspirasi menjatuhkannya dari dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).
Menurut beliau, langkahnya menginisiatifkan siasatan ke atas skandal siasatan Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) telah menyebabkan wujudnya konspirasi di dalam dan di luar kerajaan juga di dalam partinya untuk menjatuhkan beliau.

Menurut beliau, langkah untuk menyiasat PKFZ itu tidak popular di dalam BN dan konspirasi untuk menjatuhkannya itu diwujudkan dengan tujuan untuk menjejaskan siasatan tersebut.

Ketika siasatan PKFZ dilihat telah dirampas darinya, Ong sekali lagi enggan menafikan bahawa beliau tidak mendapat sokongan BN untuk menyiasat skandal itu.

Apabila ditanya mengenai persepsi umum yang melihat beliau keseorangan dalam meneruskan siasatan ke atas skandal itu dan tidak menerima sokongan sewajarnya dari rakan-rakannya di dalam BN, Ong tidak menafikan persepsi itu.

"Saya fikir bukan saya yang patut memberikan komen," katanya seperti dilaporMalaysiakini.

Sebelum ini ketika ditanya oleh para pemberita tentang laporan Malaysian Insider bahawa beliau dipandang negatif oleh rakan-rakannya di dalam BN kerana memulakan inisiatif siasatan ke atas skandal PKFZ, beliau tidak menafikannya dan hanya menjawab: "Biarlah mereka nak kata."

Ong juga menceritakan bahawa beliau telah dihentam oleh pelbagai pihak termasuk pembangkang ketika memulakan siasatan itu.

Dalam tindakan yang dilihat umum sebagai merampas atau sekurang-kurangnya meminimakan peranan Ong dalam siasatan skandal PKFZ itu, kabinet pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam menubuhkan pasukan petugas khas serta-merta bagi menyediakan laporan mengenai skandal itu.

Ong tidak berada dalam pasukan petugas khas itu dan hanya diwakili para pegawai kementeriannya.

Pasukan tersebut dilihat telah ditubuhkan bagi mengelakkan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja selepas begitu lama pelbagai pihak menuntut supaya ditubuhkan suruhanjaya sedemikian bagi menyiasat skandal itu.

Seolah-olah menjangkakan tindakan sedemikian, dua hari sebelum penubuhan pasukan itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyatakan, Najib terpaksa mempercepatkan "drama siasatan" kes skandal PKFZ dari terus mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Umno mendapat "lebih banyak faedah" dari skandal itu.

"Sebelum ini, kita banyak membincangkan watak-watak pemimpin MCA, sehingga menenggelamkan watak sebenar (serta) kepentingan politik Umno itu sendiri.

"Keyakinan saya, Umno lebih banyak mendapat faedah dari skandal PKFZ terbabit berdasarkan beberapa pendedahan sebelum ini," kata beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mempersoalkan keengganan perdana menteri untuk menubuhkan suruhanjaya di raja yang bebas demi membongkar penyelewengan serta rasuah dalam skandal tersebut.

Tiada ulasan: