"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Umno Tertekan Dan Terdesak!

Intan Abdullah

Ibarat senjata makan tuan itulah perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan keadaan yang menimpa Umno dan parti-parti komponen BN mutakhir ini.ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Saifuddin Nasution ketika diminta mengulas mengenai pergolakan dua parti utama BN iaitu MCA dan MIC."Dalam keadaan Umno mengharapkan MCA dan MIC untuk mendapatkan semula sokongan daripada masyarakat bukan Melayu kembali kepada BN, mereka pula hampir tenggelam dengan masalah dalaman masing-masing," katanya

Umno yang menurutnya kini dalam keadaan tertekan dan terdesak dengan masalah krisis kepercayaan dan kemerosotan sokongan ahli dan rakyat bergantung kepada kedua-dua parti komponen utama BN itu untuk mengembalikannya.

Namun, ahli parlimen Machang itu berpandangan daripada tiga asas parti perikatan itu Umno yang sahaja yang kelihatan seperti sedang bertahan.

Bagaimanapun katanya, ketika BN memainkan sentimen perkauman Melayu atau agama, belum tentu sokongan Melayu kembali kepada mereka.

"Tetapi dalam pilihan raya kecil yang diadakan sepanjang tahun ini analisa daripada keputusannya mendapati sokongan orang Melayu kepada Umno tidak bertambah.

"Ini membuktikan pendekatan yang mereka gunakan menyebabkan mereka kehilangan undi bukan Melayu kerana masyarakat bukan Melayu sekarang ini sudah boleh menilai sendiri tindakan Umno yang semakin ekstrim dan ini sekaligus menjauhkan lagi sokongan mereka," ujarnya.

Malangnya, Umno sekali lagi melakukan kesilapan apabila menyandarkan harapan kepada MCA dan MIC yang berada dalam krisis.

"Inilah dilema yang sedang dialami Umno," katanya lagi.

Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai masalah dalaman MCA, Saifudin berkata keadaan yang berkecamuk itu di kalangan pemimpin parti itu seperti retak menanti belah.

Jelasnya, pertikaian yang timbul antara pemimpin nombor satu dan dua parti itu memaksa satu mesyuarat agung luar biasa atau EGM diadakan dalam masa terdekat.

"tidak kira sama ada Chua Soi Lek atau Ong Tee Keat menang ia tidak akan mampu membendung perpecahan daripada terus berlaku.

"Keadaan ini memberi gambaran parti kedua komponen BN itu kini berada pada tahap yang paling buruk dan lemah," tegasnya.

Pada masa yang sama, Umno pula dianggap beliau tidak boleh memberikan nasihat bagi memulihkan masalah ini.

"Umno tiada kelayakan kerana sejarahnya sendiri menunjukkan bahawa bekas Timbalan Presidennya juga dipecat dengan alasan yang diada-adakan.

"Walaupun ada bukti tetapi dalam kes ini Umno tidak mempunyai kredibiliti moral untuk bercakap mengenai isu moral," ujarnya lagi.

Oleh yang demikian, keadaan ini memberikan pengajaran yang besar kepada Umno ketika mereka memberi gambaran kepada rakyat dengan cara menguasai media arus perdana.

"Umno menghadapi ujian kekalahan dalam tujuh pilihan raya kecil yang diadakan sebagai petanda menunjukkan rakyat tetap memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

"Sebaliknya BN yang berbangga dengan 14 parti komponennya berada dalam keadaan porak peranda apabila parti-parti utamanya mengalami krisis dalaman yang terburuk," tegasnya lagi.

Tambahnya, jika MCA menyaksikan pertembungan antara dua orang pemimpin utamanya, MIC pula mempunyai presiden yang paling lama memegang jawatan nombor satu parti itu sejak tahun 1979.

-utaraonline.net-

Tiada ulasan: