"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr M pertahan kenyataan serangan 11 Sept bermotif burukkan Islam

PULAU PINANG, Jan 24: Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tanggapan bahawa beliau cuba memainkan sentimen apabila berkata serangan 11 Sept 2001 ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat sengaja dilakukan bagi tujuan memburukkan imej orang Islam.

Bekas perdana menteri itu berkata terdapat pihak yang berpendapat beliau cuba memainkan sentimen anti-Kristian apabila berkata serangan itu sudah dirancang terlebih dahulu oleh dunia Barat.

“Namun saya tetap bertegas dengan kenyataan saya itu,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri jamuan makan malam anjuran Persatuan Pengamal Perubatan Pulau Pinang di sini malam tadi.

Pada satu forum di Kuala Lumpur baru-baru ini, Dr Mahathir telah berkata beliau tidak yakin serangan ke atas WTC di New York itu dilakukan oleh pengganas Islam seperti yang didakwa, sebaliknya terdapat bukti serangan itu sudah dirancang sebegitu rupa.

“Apa yang saya dapat dengan membuat publisiti begitu. Saya bukannya mahu menjadi perdana menteri semula,” tegas beliau.

Dr Mahathir juga berkata Malaysia tidak boleh semata-mata bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) tetapi perlu membangunkan ekonominya sendiri.

-Bernama-

-Setelah lebih 9 tahun peristiwa 11 september baru Mahathir sedar bahawa serangan itu dirancang oleh musuh2 Islam dengan tujuan memfitnah dan memburuk-burukkan imej Islam. Itu pun setelah beliau tidak memegang tampuk kekuasaan.

Kita tidak akan lupa tindakkannya menjadi jurucakap Bush dan mengISAkan beberapa orang ahli gerakkan Islam yang dituduh menjadi rangkaian Al-Qaeda.

Mahathir juga menghentikan peruntukkan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dengan tuduhan sekolah agama cenderung melahirkan pengganas.

Bukan semua melayu mudah lupa - kerengga

Tiada ulasan: