"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

K'tan tolak anggotai panel royalti minyak

Kerajaan Kelantan menolak sebarang pelawaan daripada Kerajaan Pusat untuk menganggotai jawatankuasa perundingan wang ihsan yang bakal dibentuk tidak lama lagi, kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz berkata beliau juga tidak akan memenuhi jemputan, malah tidak akan membenarkan mana-mana wakil daripada kerajaan negeri menduduki jawatankuasa itu.

"Kalau hendak beri wang ihsan, tak perlu berundinglah, saya tidak akan menerima wang ihsan itu.

"Saya tidak akan pergi sekiranya dijemput (menyertai jawatankuasa itu) dan menolak 100 peratus jemputan jawatankuasa perundingan itu," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 di Kota Bharu hari ini.

Mursyidul Am PAS itu diminta mengulas kenyataan timbalan menteri kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin semalam mengenai jemputan kepada kerajaan negeri untuk melantik wakil dalam jawatankuasa wang ihsan itu.

Menurut Dr Awang Adek, tujuan jemputan wakil kerajaan negeri bagi memberi ruang wakil kerajaan negeri untuk terbabit sama dalam perbincangan selain memberi pandangan mengenai tindakan yang perlu dilakukan dengan wang ihsan yang disalurkan ke Kelantan nanti.

-Bernama-

Tiada ulasan: