"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terimalah kritikan sebagai alat muhasabah diri

shahil
"Assalaamu alaikum YB Datok Hasan Ali dan YB Khalid Samad.

Tulisan saya ini adalah berkaitan dengan kes hukuman yang tuan-tuan berdua terima dari Jawatankuasa disiplin PAS. Saya tidaklah mahu memanjangkan atau mengkritik keputusan Jawatankuasa disiplin PAS kepada tuan-tuan berdua, atau mengkritik Jawatankuasa yang diketuai Datok Tuan Ibrahim Tuan Man. Namun saya ikhlas dalam memberikan pandangan yang terbit dari suara hati nurani saya.

Saya suka menasihatkan tuan-tuan berdua supaya mengambil iktibar dari apa yang berlaku. Kita merasakan bertindak dengan penuh ikhlas, dan saya ucapkan syukur. Lainlah jika ada terdetik niat lain di hati, saya tidak tahu hanya ALLah Taala dan tuan-tuan berdua yang tahu. Dan kita tidak tahu atau mungkin diluar perkiraan akibat tindakan kita. Manusia memang berkeadaan lemah. Maka bermesyuarat dan berbincang sangatlah diperlukan. Kita sebagai ketua tidak semestinya betul apatah lagi kita tidaklah mendapat bimbingan langsung dari ALLah Taala seperti Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam.

Dan tidaklah perlu lagi kita menulis dan menjawab kepada pehak lawan, itu dan ini. Ia akan mengguris hati lawan kita. Lawan kita itu bukanlah orang lain melainkan dari jema'ah yang sama.

Jawatankuasa disiplin saya lihat cukup berilmu dan cukup bertaqwa. Siapa tidak kenal Tuan Ibrahim Tuan Man? Siapa tidak kenal ketaqwaan Tuan Guru Mohd. Baqi Othman. Dan juga yang seorang lagi. Bersangka baiklah kedengan mereka bahawa mereka menilai tuan-tuan berdua dengan memohon pertunjuk dari ALLah Taala.

Saya tidak meminta nasihat saya dituruti. Kerana saya hanya orang biasa yang jauh rendah keilmuan dari tuan-tuan berdua. Namun saya lihat adalah rugi jika sistematika yang tuan-tuan berdua lakukan memberikan impak yang merugikan kepada jema'ah. Kadang-kadang apa yang kita lakukan itu memberikan implikasi membuka ruang besar kepada pehak lawan ssebenar.

Wassalam

http://shahil.wordpress.com

Tiada ulasan: