POLIS TAHAN LELAKI ROHINGYA DISYAKI R*GOL WANITA DI BACHOK
Polis menahan seorang lelaki Rohingya selepas disyaki merogol seorang wanita berusia 19 tahun di Kampung Kuar, dekat Tawang, bulan lalu.
Suspek berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira jam 9 malam tadi di daerah sama, lokasi kejadian dipercayai berlaku.
Pagi ini, polis memperoleh perintah reman selama enam hari terhadap suspek daripada Mahkamah Majistret Bachok. Perintah reman itu diperoleh mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Kejadian dipercayai berlaku pada 29 Jun lalu dan siasatan polis masih diteruskan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan