"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Budak perempuan mati selepas 4 hari berkahwin

Seorang kanak-kanak perempuan Yemen meninggal dunia ekoran kecederaan di bahagian kemaluan empat hari selepas majlis perkahwinannya yang diatur oleh keluarga.

”Kanak-kanak berusia 13 tahun dari wilayah Hajja di barat laut bandar ini meninggal dunia pada 2 April selepas empat hari berkahwin dengan seorang lelaki berusia 23 tahun,” kata jurucakap Sisters Arab Forum for Human Rights, Majed al-Madhaji.

Satu laporan perubatan Hospital al-Thawra berkata, terdapat kesan koyak pada kemaluan kanak-kanak berkenaan selain pendarahan yang teruk.

Pihak berkuasa Yemen telah menahan suami kanak-kanak berkenaan.

Kumpulan hak asasi itu berkata, kanak-kanak berkenaan dikahwinkan dalam satu persetujuan nikah silang membabitkan dua lelaki dan adik perempuan mereka untuk mengelakkan pembayaran besar mas kahwin.

Menurut kumpulan itu, amalan tersebut merupakan perkara biasa di negara ini, yang dibelenggu kemiskinan ketara.

Kemiskinan memainkan peranan dalam usaha menghapuskan amalan tersebut kerana keluarga miskin kerap tidak mampu berkata tidak kepada mas kahwin melibatkan ratusan dolar bagi anak perempuan mereka.

Lebih satu perempat perempuan di Yemen berkahwin sebelum mencapai usia 15 tahun, menurut satu laporan Kementerian Hal Ehwal Sosial tahun lalu.

Adat resam turut memainkan peranan termasuk persepsi bahawa pengantin muda boleh dibentuk menjadi isteri yang baik dan memberikan lebih banyak zuriat.

Pada Februari 2009, satu undang-undang yang menetapkan 17 tahun sebagai had umur minimum untuk berkahwin telah diperkenalkan, namun ditarik balik dan dihantar kembali ke jawatankuasa Parlimen untuk semakan semula selepas beberapa ahli Parlimen menyifatkannya sebagai tidak menuruti kehendak Islam.

Jawatankuasa berkenaan dijadual membuat keputusan muktamad mengenainya bulan ini.

Sebahagian daripada mereka yang membantah undang-undang tersebut menganggotai jawatankuasa berkenaan.

Lebih mengusutkan keadaan ialah ketidakupayaan kerajaan Yemen yang lemah untuk berhadapan dengan golongan penentang itu yang sokongan mereka amat diperlukan oleh kerajaan untuk terus berkuasa. – AP/selatanonline-

Tiada ulasan: