"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

"Kami Prihatin" rentasi politik dan kaum

Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU, 5 April:
Badan amal Kami Prihatin menghulurkan bantuan kepada masyarakat tanpa mengira perbezaan fahaman politik mahupun kaum.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat Dr Lo’lo' Ghazali berkata, 'kami prihatin' adalah wadah PAS mendekati masyarakat sesuai dengan konsep yang mahu ditonjolkan PAS iaitu Negara Berkebajikan.

“PAS tidak lari daripada program berkebajikan membabitkan berbilang kaum, dan tidaklah hanya tertumpu kepada satu kaum Malayu dan Islam saja.

“Lebih-lebih lagi apabila pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu, PAS telah mengambil konsep ‘Negara Berkebajikan’, katanya yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa.

Beliau berkata demikian ketika lawatan kerjanya ke Kelantan bersama 60 anggota rombongan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat.

Dalam pada itu beliau melahirkan rasa kesal apabila logo ‘Kami Prihatin’ dengan gambar ‘hati’, yang dipopularkan PAS khususnya Lajnah Kebajikan sejak 2006, kini telah diciplak oleh wanita Umno.

Menurutnya, beliau juga sebelum ini pernah membangkitkan perkara tersebut di dewan rakyat.

Apa dibimbangi katanya, logo 'Kami Prihatin' yang selama ini diguna pakai oleh lajnahnya akan dihalang selepas ini.

“Dan dalam Parlimen semasa sesi perbahasan baru-baru ini, saya sempat menyentuh isu ini, dan seterusnya diharap tidak ada sebarang usaha untuk menghalang pemakaian logo dan motto “Kami Prihatin” itu,” katanya.

'Kami Prihatin' ditubuhkan bertujuan untuk menjaga perihal kebajikan masyarakat khususnya golongan yang tidak bernasib baik di Malaysia dan juga di seluruh dunia.

Menerusinya, pelbagai bentuk sumbangan sama ada dalam bentuk wang ringgit mahupun sokongan moral telah dihulurkan kepada mereka yang berhak tanpa mengira warna kulit, kaum dan agama.

Tiada ulasan: