"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

YB Idham (Cina Islam) Positif Denggi

ibnalias
YB Idham Lim atau lebih dikenali sebagai blogger Cina Islam, dimasukkan ke Hospital Columbia selepas disahkan positif denggi. Turut diwadkan ialah anak lelaki beliau.

YB mula dimasukkan ke hospital sejak petang semalam. Saya yang kebetulan di Taiping berpeluang melawatnya di wad malam semalam.

YB Idham kelihatan letih tetapi masih bersemangat, dan masih mampu melayan kunjungan tetamu-tetamunya dengan mesra dan ramah. Netbook dan telefon bimbit beliau sentiasa setia di sisinya. Kesihatan yang tidak menentu kelihatannya tidak menganggu tugas beliau selaku wakil rakyat.

Penyokong Chelsea

Beliau juga mendapat tenaga baru selepas Chelsea mengalahkan MU semalam.

Sama-sama doakan kesihatan wakil rakyat Titi Serong ini.

http://abdulhadialias.wordpress.com

Tiada ulasan: