"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kilang arak sudah ditutupkah?

penduduk
Ingat lagi tentang pendirian PAS berkaitan kilang arak di negara kita? Bermati-matian 'pejuang' Islam mempertahankan kononnya kilang arak yang didirikan adalah haram @ haram jadah! Tetapi apa yang dilakukan oleh kerajaan pakatan yang di dalamnya ada PAS? Sudah menghalalkan?

Di dalam Islam, hukum tetap hukum. Halal tetap halal dan haram tetap haram. Pendirian orang Islam mestilah mengikut ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Apakah hukum yang dijatuhkan PAS berkaitan kilang haram ini merupakan hukum akal 'cerdik pandai' PAS sahaja dan bukan mengikut hukum Allah yang sebenar? Jika benar, mengapa sekarang tidak bermati-matian mendesak kerajaan sebuah negeri menutup kilang arak?

Jika PAS yang selama ini mendabik dada mendakwa 'memegang kunci Syurga' adakah ini manifesto keilmuan PAS? Kita buat pahala, UMNO buat haram dan berdosa!

Kilang arak adalah di antara sedikit contoh bagaimana PAS kini menjadi sebuah parti yang semakin hina dan mudah diperkotak-katikkan oleh parti bukan Islam. Terlalu banyak tindakan PAS kini yang merugikan umat Islam. Jika anda tidak percaya, tanyalah dengan mereka di luar negara yang mengikuti perkembangan organisasi Islam di Malaysia samada rakyat Malaysia atau sebaliknya.

Renungilah ayat Al-Quran ini untuk faedah kita bersama...

Bismillahirrahmanirrahim...

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak anak yatim dan orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.

Al-Quran, Surah An-Nisaa, Ayat 36.

Tiada ulasan: