Drs Khalil Idham Lim
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz berkata pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand berbohong berhubung dakwaannya yang kerajaan Malaysia menggunakan "tekanan politik" untuk menghalangnya daripada memberi keterangan."Dia seorang pembohong! dia berbohong dalam inkues dan dia berbohong sekarang," katanya seperti yang disiarkan dalam Malaysiakini.
Persoalannya sekarang siapakah sebenarnya yang berbohong ? Bagi saya kalau kita ingin mengatakan Dr. Pornthip berbohong, wajarkah kerana itu dia sanggup menanggung resiko dan bersungguh-sungguh untuk datang ke Malaysia kerana itu ?
Sebaliknya kalau kita ingin mengatakan Nazri yang benar, saya rasakan semua pihak sudah tahu siapkah si Nazri dan kenapakah cepat sangat dia melatah dalam perkara inbi ?
Nazri diminta mengulas dakwaan Dr Pornthip bahawa beliau diberi "isyarat" dan berdepan dengan "tekanan politik" supaya menghentikan pembabitannya dalam siasatan berhubung kematian Teoh Beng Hock.
Dr Pornthip mendakwa beliau dihalang daripada masuk ke Kelantan sewaktu urusan rasmi melalui sempadan Thai-Malaysia pada bulan Januari tahun ini, dan menyifatkannya sebagai salah satu "isyarat" yang tekanan dikenakan ke atasnya.
Walaupun keberatan, tetapi Dr Pornthip telah memutuskan untuk tidak memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh ekoran tekanan terhadapnya itu.
Inkues kematian Teoh akan disambung pada 20 April ini
Drs Khalil Idham Lim,
Adun Titi Serong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan