Ketua polis negeri yang mendakwa mangsa , Aminulrashid Amzah mungkin penjenayah dan sebilah parang di jumpai dalam kereta mangsa.
Polis juga mendakwa kereta yang dipandu oleh Allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda dan polis bertindak melepaskan tembakan yang membunuh Aminulrashid.
Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrashid yang ada bersama Allahyarham dalam kereta semasa kejadian.
Dalam laporan polis ini, kawan yang sebaya dengan Allahyarham menegaskan Aminulrashid dalam ketakutan apabila terlanggar kenderaan lain dan memintas kereta peronda berkenaan.
Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran.
Aminulrashid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya.
Saksi ini melaporkan beliau kemudian di pukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri.
SIAPA YANG PEMBOHONG?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan