"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tian Chua Serah Notis Bawa Usul Tamatkan Perkhidmatan Apco Worldwide

KUALA LUMPUR, 5 APR:Ahli Parlimen Batu, Tian Chua hari ini menyerahkan notis kepada Speaker Dewan Rakyat bagi membawa usul untuk mendesak kerajaan Persekutuan pimpinan Umno Barisan Nasional supaya menamatkan perkhidmatan Apco Worldwide.

Notis itu berbunyi:

"Saya mohon mencadangkan bahawa parlimen Malaysia mendesak kerajaan segerakan membatal perjanjian Apco Worldwide Sdn Bhd dan menghentikan kerjasama sama sekali kerana ia mengancam keselamatan dan mencabuli kedaulatan negara.

"Penglibatan Apco secara tidak langsung dalam pentadbiran negara Malaysia ataupun penasihat kepada perdana menteri akan menggadaikan maruah kepada Zionis."

Dalam pada itu, Malaysiakini melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula menyerahkan notis untuk merujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Ketua Pembangkang itu sebelum ini dipanggil untuk memberi penjelasan ke Dewan Rakyat berhubung kenyataannya di dalam dewan yang mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

Mengikut Nazri, BN akan mengemukakan usul itu pada 22 April, hari terakhir bagi sidang pertama, penggal ketiga bagi sesi parlimen ke-12.

Anwar berhadapan dengan tindakan dikenakan amaran ataupun penggantungan daripada menghadiri sidang dewan, bergantung kepada keputusan jawatankuasa itu.
-tvselangor-

Tiada ulasan: